Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 11 Februari 2012

Kejar komen atau kejar trafik

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas kejar dua², bagi Mas keduanya penting

Mas mulakan dengan komen dulu, setiap kali menulis entri Mas mesti harapkan ada komen dari pembaca. Kenapa, rasanya tak bermakna entri tersebut tanpa komen. Mas lagi suka kalau setiap entri itu mempunyai banyak komen, baru seronok menulis!

Setiap entri yang ditulis mesti kita nak ada orang baca, tak akanlah kita tulis kita yang baca sendiri. Sekurangnya kita nak pembaca dapat sedikit info dan manfaat dari apa yang ditulis dan dikongsikan. Cuba bayangkan kita tulis panjang berjela tapi satu komen pun takde, apa kita rasa?

Setiap penulisan memang Mas harapkan ada komen atau pendapat dari pembaca. Dari situ baru Mas boleh tahu samada penulisan itu boleh diterima atau tidak oleh pembaca. Setiap komen yang mereka berikan sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan untuk Mas hasilkan entri yang lebih baik!

Bagaimana pulak dengan trafik, ini pun penting jugak. Dari sini kita boleh tau berapa orang pengunjung yang masuk ke blog kita setiap hari, walaupun ada sesetengahnya hanya silent reader. Selalunya silent reader ni jarang meninggalkan komen. Tapi tak mengapa, sekurang²nya mereka masuk jugak ke blog kita dan mungkin membaca entri kita.

Trafik jugak menjadi penyumbang utama untuk kita terus menulis, pasti seronok kalau setiap hari trafik blog kita tinggi. Dari situ kita akan cuba sedaya upaya untuk tulis lebih banyak entri, kerana lebih banyak entri lebih tinggi trafik dan lebih cepat blog kita dikenali!

Komen banyak seronok, trafik tinggi pun seronok. Jadi menulis akan jadi lebih seronok!

15 ulasan:

  1. memang seronok bila ada banyak komen kat entry..tp kalau kita nak orang komen kita, kita kena selalu berbalas kunjungan kan,komunikasi dua hala, orang kata.. nice entry :)

    BalasPadam
  2. @Tihara
    betul tu! berbalas kunjungan barulah seronok kan? give and take..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...betul2 kedua2nya tu mmg amat penting barulah kita akan rasa kepuasan menulis tu dan lebih2 lagi bila ada rakan2 yg baru dtg komen disetiap n3 kita...:)

    BalasPadam
  4. @Telor Power
    senyum tu tanda setuju ke tak setuju...heheheee

    BalasPadam
  5. saya tak pernah pkir traffik or apa2.. saya cuma nak pandagan dari pembaca.. tapi tula sikit je komen blog saya

    BalasPadam
  6. @Pendamba Mawar
    komen blog saya pun sikit je, tak pernah sampai 50! paling banyak pun 20 lebih je..

    tapi saya pun suka pandangan pembaca!

    BalasPadam
  7. suka kalau byk kwn komen, tapi kecewa skit kalau ada yg komen tanpa baca..
    tapi mungkin salah sendiri, entri tak best org takmo baca abis la kan. ^___^

    BalasPadam
  8. kejar dedua gak kak

    kepuasan

    feedback nk jugak

    BalasPadam
  9. saya tak kisah orang komen ke tak kat blog saya asalkan traffic tinggi- sebab orang baca apa yang kita tulis :)

    BalasPadam
  10. ye memang seronok bila ada orang komen entry kita...tapi saya tak kisah banyak ke tidak..cuma saya kalau rasa dah baca sesuatu tu,kadang2 tak tahu nak komen apa,saya baca je lah...takut nanti orang kata komen merapu2 lak..

    BalasPadam
  11. KAK MAS : tentulah setuju, krn nak tahu juga apa feedback yg kawan2 blog kata ttg entri kita. ia mcm berdikusi yyg pendapat sesama kita.

    BalasPadam
  12. sy sama juga macam kak mas. comment tu maksud entry kita tu didengar. dan saya juga suka membaca blog org lain untuk perbaiki penulisan sy. traffic itu penting kalau untuk income blog. :)

    BalasPadam
  13. memang rasa puas sangat bila entri yang kita postkan di komen oleh seseorang, walaupun 1 dan walaupun negatif yang kita dapat. Tapi lagi best dapat banyak komen hehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com