terkini dan sensasi

Khamis, 2 Februari 2012

Kenapa tak suka sayur

Assalamualaikum...(^ ^)


"Kakak, Arfan, makanlah sayur tu! Bagi dapat zat sikit."
"Tak naklah! Tak sedaplah sayur tu, pahit. Sayur bayam hijau je kakak dengan Arfan suka."

Camnilah reaksi anak² Mas bila disuruh makan sayur, ada je alasannya. Tapi nasib baik jugak ada sayuran yang mereka suka iaitu bayam hijau. Jadi kalau Mas nak mereka makan sayur, masakkan Tumis Air Bayam Hijau. Konpem habis sepinggan.

Kenapa budak² tak suka sayur, boleh dikatakan majoritilah. Mas masa kecil dulu camtulah, tak suka langsung nak makan sayur. Kalau dalam Nasi Goreng ke, Bihun Goreng ke ada sayur, siap asingkan lagi. Mungkin sebab sayur hijau agak pahit sikit rasanya, itulah sebab budak² tak suka kot?

Tapi selain budak², ada jugak orang dewasa yang tak suka sayur. Mungkin dah jadi tabiat sebab dari kecil memang tak suka makan sayur. Nasib baik Mas masa kecil je tak suka sayur, bila dah besar sayur memang kegemaran. Rasanya tak lengkap menu tanpa sayur-sayuran.

Bagus makan sayur ni, ia kaya dengan serat dan antioksidan yang baik untuk kesihatan. Sebab itulah, Mas cuba jugak paksa anak² makan sayur. Memandangkan ada sayur yang mereka suka, jadi 2 kali seminggu Mas akan sajikan mereka dengan sayur kegemaran tu. Sekurangnya mereka dapat jugak khasiat sayur walaupun bukan setiap hari.

Siapa sini tak suka sayur, angkat tangan. Kenapa?

12 ulasan:

  1. sayur kacang msk kari ngan hati ayam budak2 suka kot, tak pun kacang msak kicap.

    adik emy dulu kecik2 cam tu la, tpi mak msk syur kacang dia minat lak,

    lama2 nnti suka la tu :)

    BalasPadam
  2. paling suka sayo....segala jenis sayo sy mkn...ulam pon sama

    BalasPadam
  3. Kalau makan takde sayur kan, rela potong bawang besar tu wat ulam..mcm sayur...

    BalasPadam
  4. saya suka sayur yang warna hijau je..;)

    BalasPadam
  5. atok paling suka sayur kangkung...

    BalasPadam
  6. semua saya minat, maklum la dibesarkan sekitar daerah yg penuh ngan sayur2an dan buah2an. xder choice lain, jjd teerpaksa minat.

    BalasPadam
  7. saya sangat suka sayur. lagi-lagi yang tak berapa masak sangat and ulam..:)

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mas...ada yg suka ada yg x suka tapi mama tetap sediakn sayur buat anak2 hinggakn kekadang tu sayur mentah yg kami mkn utk dijadikn ulam...:)

    BalasPadam
  9. rara suke gak sayur,tp kalau mkn kat kantin ni susah nk jumpa sayur yg betul2 fresh.mcm lembik jee.

    BalasPadam
  10. segala jenis sayur dan ulam ulaman aku telan.

    BalasPadam
  11. sayur saya suka kobis je. yg lain pahit. :( em tp sbnrnya nk sihat kenalah makan banyak sayur kan.

    BalasPadam
  12. sudi-sudikanlah promosi novel Eee… Sayur!
    http://melesap.blogspot.com/2012/01/update-es.html

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com