terkini dan sensasi

Selasa, 14 Februari 2012

Kerana harta

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam Mas tengok cerita kat TV, kerana harta si anak sanggup buang kakaknya sendiri dan sanggup jual rumah dan tanah pusaka ayahnya kerana inginkan rumah sendiri.

Situasi ini bukan hanya babak lakonan dalam drama tapi memang berlaku di alam realiti, dalam kehidupan kita. Kerana harta orang akan hilang pertimbangan, hilang pedoman, hilang kasih sayang dan hilang rasa simpati. Matlamatnya hanya nak memiliki harta tersebut!

Mas pernah tengok kejadian sebegini, seorang ibu tua dibiarkan hidup sendirian oleh anak²nya kerana tak puas hati pasal harta. Arwah ayah mereka menyerahkan harta itu lebih sedikit pada ibu mereka, terus anak² marah. Tidak puas hati dan memberontak sehingga buang ibu kandung sendiri.

Tengok, besar kuasa harta tu kan? Sehingga kasih sayang anak terhadap ibu hilang begitu sahaja. Sebab itu Mas dan adik beradik sepakat tak mahu agih²kan tanah pusaka peninggalan arwah mak abah, bimbang terjadi perkara sebegini. Mana tahu kan, kadang² hati kita boleh berubah sekelip mata.

Biarlah kita kejar harta akhirat daripada harta dunia yang tidak kekal.

10 ulasan:

  1. betul kerana harta org leh berubah

    BalasPadam
  2. Kita doakan bersama semoga perkara macam ni tak berlaku dalam keluarga kita

    BalasPadam
  3. FIL n MIL saya, awal2 lagi da bahagikan utk adik beradik hubby.. xmo anak2 bergaduh berebut harta lepas mereka xde nanti katanya

    BalasPadam
  4. saya sgt bersetuju dgn apa yg anum kata.

    BalasPadam
  5. sebagai ibu bapa... jgnlah terlalu mengumpul harta.. harta yang paling berharga ialah ilmu agama untuk anak2...

    BalasPadam
  6. sebab harta boleh putus tali persaudaraan..bahaya tu,,

    BalasPadam
  7. sebab harta boleh putus tali persaudaraan..bahaya tu,,

    BalasPadam
  8. Apa yg org sanggup buat kerana harta ni, kadang2 sangat menakutkan....

    BalasPadam
  9. minta dijauhi ader perasaan gtu..nauzubillah

    BalasPadam
  10. pasal harta pun org boleh pecah belah. tak faham kenapa :( musnah dunia sbb duit.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com