Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 9 Februari 2012

Kita pun pejalan kaki

Assalamualaikum...(^ ^)


Kita ni manusia kan, memang tak lepas dari sikap pentingkan diri sendiri. Mungkin kita sedar atau tidak tapi sikap tu kadang² menyusahkan orang lain. Memang boleh kita nak pentingkan diri sendiri, tapi ikut keadaan. Janganlah setiap masa hanya kepentingan diri sendiri yang kita nampak, tapi kepentingan orang lain kita tolak tepi.

Apa Mas nampak sikap pentingkan diri ni berlaku di jalan raya, ialah melibatkan pemandu kenderaan dan pejalan kaki. Mas pun pemandu kenderaan dan dalam masa yang sama seorang pejalan kaki. Jadi semasa kita pemandu kenderaan cuba bayangkan situasi kita semasa menjadi pejalan kaki, mesti kita nak pemandu kenderaan bertolak ansur dan perlahankan kenderaan bila lihat kita melintas kan?

Jadi bila kita pemandu kenderaan, pekalah kepada pejalan kaki. Tak salah kalau kita berhenti sekejap bila lihat mereka nak melintas. Jangan fikir kita memandu kenderaan yang besar, jalan tu kita yang punya. Kita nak pejalan kaki yang mengalah dan beri laluan pada kita dulu.

Ini tidak, banyak Mas lihat pemandu yang tak kisah dengan pejalan kaki. Dekat ½ jam tunggu kat tepi jalan nak melintas, tapi takde pun kereta yang nak berhenti beri laluan. Sampai kita terpaksa angkat tangan suruh kereta tu berhenti sekejap, itu pun macam nak tak nak berhenti. Lepas kita melintas terus dia pecut keretanya dengan laju!

Ingat, bukan selamanya kita jadi pemandu kenderaan. Ada masanya kita pun pejalan kaki.

8 ulasan:

  1. biasala kak, diorg selfish.. segalanya nk cpt smpi kesusahan org lain diorg xnmpk..

    BalasPadam
  2. kebanyakan pemandu Msia memang mcm tu.. sedangkan lintasan pejalan kaki tu terang2 lagi menyatakan maksudnya.. kdg2 pemandu perempuan yg tunjuk lagak.. la ni, kalu nk lintas jalan, kena tunjuk perut da boyot ni baru la org nk bg laluan. lagi sedih bila ari ujan. dia kt dlm keta da tentu la kering. org yg x berpayung nk melintas jalan pun x diberi belas kasihan..

    sebenarnya da lama org2 Msia ni kekurangan sivik kan.. da banyak segi dlm kehidupan seharian

    BalasPadam
  3. sombong, ego, pentingkan diri sendiri.
    ish ish ish.

    sama jugak kes bagi kereta lain laluan untuk masuk simpang.

    kena sama sama bertolak ansur.
    baru harmoni.

    BalasPadam
  4. betul2..
    DIA LUPA BUKAN SELAma NYA BONTOT DIA MELEKAT KAT DALAM KERETA tu..

    BalasPadam
  5. selalu kereta,jangan harap lah nk bagi pejalan kaki jalan, berkira betul. :/

    BalasPadam
  6. Kalau di jalan2 yang dikhas tempat laluan pejalan kaki, pemandu2 kereta kenalah bertimbang rasa. Patuhi lampu isyarat untuk penjalan kaki. Kalau ada jejantas, penjalan kaki kena guna jejantas.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com