terkini dan sensasi

Ahad, 19 Februari 2012

Lunch di Restoran D'One Steak

Assalamualaikum...(^ ^)


Akibat terpengaruh dengan program JJCM tengahari tadi, Mas terus ajak husband makan tengahari kat Restoran D'One Steak kat Bangi tu. Terliur pulak lihat kesedapan steaknya, sungguh menyelerakan!

Berpandukan GPS kami mencari restoran tersebut, maklumlah pertama kali pergi. Rupanya senang je nak cari, berhampiran dengan area JPJ Bangi. Sampai kat sana memang ramai orang dan tempat duduk  pun penuh, jadi terpaksa kami tunggu sekejap untuk dapatkan tempat.

Inilah menu yang menjadi pilihan kami.
(i) Beaf Black Pepper Steak : RM13.50
(ii) Steak Combo (1 beef + 1 lamb + 2 prawn) : RM15.90
(iii) Fish and Chip : RM7.90
(iv) Beef Rice Sizzling : RM10.90
(v) Mushroom and Chicken Soup : RM4.00
(vi) Garlic Bread : RM3.50
(vii) Air - Lemon Tea, Nescafe Ice, Mango Juice dan Lychee Juice : RM12.30

Semua yang kami makan ni hanya berharga RM69++, murah kan? Ternyata semuanya memang sedap serta menepati citarasa. Daging steak dia sangat lembut dan sos black pepper pun sedap. Yang paling sedap ialah Mushroom dan Chicken Soup. Digabungkan kedua² sup tersebut menjadi satu rasa yang sangat enak sehingga menjilat sudu, hehehee!

Inilah sajalah gambar menu yang dapat dikongsikan. Banyak gambar Mas ambik sebenarnya tapi entah apa husband buat dengan DSLR kami sampaikan semua gambar tak boleh buka. Geram betul Mas, jadi tak boleh nak kongsi gambar steak yang menyelerakan tu.



Siapa yang belum cuba makan kat sini, bolehlah pergi. Memang berbaloi, tapi kalau orang ramai kena tunggu lama sikit untuk dapatkan makanan. Jadi kena bersabar sikit.

17 ulasan:

  1. mmg slalu g situ

    kat jln reko je kan

    BalasPadam
  2. sedapnya menu tu kak..JJCM?

    teringin wan nak jadi pengacara JJCM tu..boleh makan je!.

    BalasPadam
  3. pic no 2 tu ada nasi, menu apa kak.

    BalasPadam
  4. @Telor Power
    yang tu beef rice sizzling... sedap!

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...wah sedapnya selamat menjamu selera yer..:)

    BalasPadam
  6. sedap nyer..wajib pergi ni..hehe

    BalasPadam
  7. tgk JJCM semalam pun da kecur air liur.. tambah lagi bila tgk entry kak mas ni.. memang kena pegi gak ni b4 deliver

    BalasPadam
  8. saya pun dah ngajak en suami gi situ heeee...semalam sempat gi Mee Udang Mak Jah kat dgn Wangsa walk Mall Wangsa Maju..ermmm layan gaks....

    BalasPadam
  9. Selalu terjah situ.. mmg sedap dan harga dia berpatutan.. :)

    BalasPadam
  10. aiyo steak tu! nampak sedap..... T_T

    BalasPadam
  11. dulu pernah makan kat sini. baru2 bukak kot.. mcm kureng sikit.. tapi maybe skrg dah improve kot :)

    BalasPadam
  12. mushroom soup ke tu? uwaaaa ngidam.. gulp!

    BalasPadam
  13. boleh kira ok gak la harganya

    BalasPadam
  14. alaa, ni yang tak tahan ni!!! dah la fav saya. hehe

    BalasPadam
  15. akak !! kempunan yaya tgk semua itu :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com