Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 3 Februari 2012

Nama saya Azura!

Assalamualaikum...(^ ^)


Pernah tak tipu nama sendiri, Mas pernah. Bila diingat balik rasa kelakar sangat.

Masa usia remaja dulu Mas tak suka dengan nama sendiri, bagi Mas nama Masliha tu tak sedap langsung. Takde unsur² nama wanita melayu terakhir gitu. Sampai Mas marah pada abah kenapa bagi nama camni, siap suruh abah tukarkan nama Mas dengan nama lain. Camtu sekali, teruk kan Mas ni.

Jadi oleh kerana tak mahu orang tahu nama Mas yang tak sedap tu, Mas tipu nama sendiri. Bila ada orang tanya nama Mas akan cakap nama saya Azura, pastu semua siap puji lagi nama Mas sedap dan cantik. Apa lagi kembang semangkuklah hidung, gembira tak terkata.

Kenapa pilih nama Azura, konon²nya nak cantik macam Ogy dalam filem Azura. Kan masa tu filem Azura tengah top, pastu siap ada lagu. Lagi pun Mas rasa nama Azura cantik sangat, jadi seronok bila semua orang panggil dengan nama Azura. Sampai lupa diri yang nama sebenar adalah Masliha!

Tapi betullah orang cakap, pembohongan tu biasanya tak kekal lama. Semuanya terbongkar masa Mas ikut mak pergi kenduri kahwin. Masa tengah dok tolong potong sayur, sekali ada seorang budak lelaki ni panggil Mas dengan nama Azura. Dahlah masa tu mak ada kat sebelah, terus mak cakap..
"Kenapa awak panggil dia dengan nama Azura? Nama dia Masliha, orang biasa panggil dia Mas je. Bila masa pulak dia tukar nama jadi Azura."

Adoi rasa nak lari balik rumah je masa tu. Dah merah padam dah muka, itulah siapa suruh menipu nama sendiri. Balik rumah apa lagi, terus kena kaunseling dengan mak. Mak siap tanya kenapa nak tipu nama, kan nama tu dah cantik. Mak cakap, Mas kena berbangga dengan nama sendiri sebab nama tu mak abah yang pilihkan. Pastu nama tu sangat istimewa buat mereka.

Sebak sangat bila mak cakap camtu, terus janji tak akan tipu nama sendiri lagi. Sekarang Mas berbangga dengan nama Masliha kerana ia adalah nama yang cantik dan istimewa.

19 ulasan:

  1. azura?heheheh apa lah kak ni.masliha tu sedap lah.hmm rara suke nama safura je.zarith tak suke sbb cm lelaki.hehehe.

    p/s : kak thanks for tips td.pas ni rara akan cek 2 3 kali.

    BalasPadam
  2. masliha... nama macam melayu terakhir aje.. ayu gitu namanya.

    BalasPadam
  3. kehkehkeh klakor la.. kak azura nie.

    BalasPadam
  4. Adeh ... Azura tu .. hehehehe

    BalasPadam
  5. hehe..anak2 sume sangat beruntung sebab nama yang kita ada ni sangat istimewa buat mak ayah kita kan? :)

    BalasPadam
  6. hhahaha...sekali mak yg kantoikan daaaa...

    BalasPadam
  7. heheh...
    azura dibantainye...
    masliha pun sedapla..
    nampak lembut je..

    BalasPadam
  8. nama kite AZURA ...
    rs nye no aura masa abah dgn mama tgk cite AZURA zaman jamal & ogy tu ler..
    tp nktgk jgk pelakon baru cmner ... rs2 nye sure cite nye x leh nak lawan cite AZURA zaman 1970an

    BalasPadam
  9. semalam baru tipu nama sendiri.. tapi kat tepon la..
    sbab nak tolong abg ipar lari dari seseorang.. hahahhaa

    BalasPadam
  10. Masliha tu lebih solehah bunyinya tauuu..

    BalasPadam
  11. kak..tu nama aku tu..nama lain selain wanie masa kecik2 dan kat kampung.hehehhehe
    lawak la ko kak..pasniaku nak panggil ko AZURA la..
    kak zura..

    BalasPadam
  12. Azura..teringat lagu jamal abdillah.

    hehe.

    Nama Masliha rare kak.
    istimewa taw.

    BalasPadam
  13. kak mas,azura tu dulu fenomena ya kak?

    BalasPadam
  14. tumpang glamer sekali sekala biasala kan Azura hehehe

    BalasPadam
  15. nama mas tu dah sesuai sgt dengan akak. nama saya lagi lah..kalau dalam arab maksud nameerah itu adalah harimau. sedih sedih. hehe

    BalasPadam
  16. sedap ok nama mas tu...
    haaa mesti nak jadik azura cam pilem tue ek?
    jemput baca...
    http://www.lidiasuraya.blogspot.com/2012/02/azuuuuuuraaaaaa-ke-neelofaaaaaaa.html

    btw salam kenal, i singgah n follow kamu yer
    :)

    BalasPadam
  17. Nama kita sama la kak..hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com