Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 20 Februari 2012

Nasib baik boleh!

Assalamualaikum...(^ ^)


Masa buat pinjaman perumahan dulu, Mas ambil tempoh pembayaran selama 25 tahun. Tapi bila Kerajaan dah tambah tempoh pembayaran pinjaman perumahan kepada 30 tahun, jadi Mas cuba mohon. Boleh kurangkan sikit jumlah potongan pinjaman tu, dapatlah gaji lebih sikit kan?

Jadi baru hari ini Mas terima surat kelulusan lanjut tempoh pembayaran pinjaman, tapi masalahnya surat tu perlu dikembalikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat. Tarikh surat pulak 8/2/2012, maknanya esok dah cukup 14 hari. Habislah Mas kalau camni!

Yang menjadi masalahnya sebab surat tu kena tandatangan ketua jabatan. Dahlah sekarang bos Mas takde, dia outstation ke Sarawak sampai hari Selasa. Pastu hari Rabu sampai Jumaat Mas bercuti, pening jugak nak selesaikan masalah ni. Kalau lambat hantar nanti takut perlanjutan tu dibatalkan pulak.

Terus Mas telefon Bahagian Perumahan, tanya masalah ni. Nasib mereka cakap boleh minta mana² pegawai tandatangan bagi pihak bos, janji surat sampai ke tangan mereka secepat mungkin. Lega Mas rasa, baru dapat pergi bercuti dengan aman. Kalau tak asyik fikir pasal surat rumah tu je.

Penting kita selesaikan masalah camni sebelum bercuti, kalau tak pening jugak. Nanti masa bercuti asyik fikir pasal masalah, terus tak seronok bercuti.

15 ulasan:

  1. untongnya orang kerja kerajaan....

    kami juga yg macam kera...

    haha

    BalasPadam
  2. nasib baik dpt surat sebelum bercuti... tak salahkan siapa?posman ke? hehe

    BalasPadam
  3. @-gedek!
    takdelah untung sangat pun! heheheee

    BalasPadam
  4. @mashitah ismail
    itulah, kalau tak memang posmen yang disalahkan...heheheee

    BalasPadam
  5. wah..kak mas nak bercuti ke mana tu????

    BalasPadam
  6. @Cik Pulau
    mestilah best, dapat besarkan sikit gaji! heheheee

    BalasPadam
  7. wah best betul. dapat lah duit poket lebih sikit bulan2.

    syok kerja gomen nie cepat diluluskan

    BalasPadam
  8. pelik kan bila surat2 penting gitu mesti sampai nya pada kita lambat..

    BalasPadam
  9. assalamualaikum mas...tahniah yer n selamat bercuti mas...:)

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah ringan sikit komitmen bulanan yer kak Mas. Nanti boleh belanja :P

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah semuanya dapat di setelkan

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com