Assalamualaikum...(^ ^)
Masa buat pinjaman perumahan dulu, Mas ambil tempoh pembayaran selama 25 tahun. Tapi bila Kerajaan dah tambah tempoh pembayaran pinjaman perumahan kepada 30 tahun, jadi Mas cuba mohon. Boleh kurangkan sikit jumlah potongan pinjaman tu, dapatlah gaji lebih sikit kan?
Jadi baru hari ini Mas terima surat kelulusan lanjut tempoh pembayaran pinjaman, tapi masalahnya surat tu perlu dikembalikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat. Tarikh surat pulak 8/2/2012, maknanya esok dah cukup 14 hari. Habislah Mas kalau camni!
Yang menjadi masalahnya sebab surat tu kena tandatangan ketua jabatan. Dahlah sekarang bos Mas takde, dia outstation ke Sarawak sampai hari Selasa. Pastu hari Rabu sampai Jumaat Mas bercuti, pening jugak nak selesaikan masalah ni. Kalau lambat hantar nanti takut perlanjutan tu dibatalkan pulak.
Terus Mas telefon Bahagian Perumahan, tanya masalah ni. Nasib mereka cakap boleh minta mana² pegawai tandatangan bagi pihak bos, janji surat sampai ke tangan mereka secepat mungkin. Lega Mas rasa, baru dapat pergi bercuti dengan aman. Kalau tak asyik fikir pasal surat rumah tu je.
Penting kita selesaikan masalah camni sebelum bercuti, kalau tak pening jugak. Nanti masa bercuti asyik fikir pasal masalah, terus tak seronok bercuti.
untongnya orang kerja kerajaan....
BalasPadamkami juga yg macam kera...
haha
nasib baik dpt surat sebelum bercuti... tak salahkan siapa?posman ke? hehe
BalasPadam@-gedek!
BalasPadamtakdelah untung sangat pun! heheheee
@mashitah ismail
BalasPadamitulah, kalau tak memang posmen yang disalahkan...heheheee
wahhh..best kan..
BalasPadamwahhh tahniahhhh =)
BalasPadamwah..kak mas nak bercuti ke mana tu????
BalasPadam@Cik Pulau
BalasPadammestilah best, dapat besarkan sikit gaji! heheheee
alhamdulillah... ega dah kan...
BalasPadamwah best betul. dapat lah duit poket lebih sikit bulan2.
BalasPadamsyok kerja gomen nie cepat diluluskan
tahniah :D
BalasPadampelik kan bila surat2 penting gitu mesti sampai nya pada kita lambat..
BalasPadamassalamualaikum mas...tahniah yer n selamat bercuti mas...:)
BalasPadamAlhamdulillah ringan sikit komitmen bulanan yer kak Mas. Nanti boleh belanja :P
BalasPadamAlhamdulillah semuanya dapat di setelkan
BalasPadam