terkini dan sensasi

Ahad, 12 Februari 2012

Percubaan pertama

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari buat pertama kalinya Mas cuba masak kari. Mas bukanlah penggemar kari sangat pun, kalau makan pun sekadar cicah dengan roti. Tapi disebabkan husband dah suruh masak, kenalah cuba jugak. Dah banyak kali dia suruh tapi Mas malas nak cuba! 

Tapi semalam dia bersungguh sangat nak makan kari hasil air tangan Mas, jadi percubaan pertama pun bermula hari ini. Husband teringin nak makan Kari Ikan Merah, Mas pun terus tanya kakak bahan²nya dan cara nak masak. Senang je rupanya, janji yakin nak masak kan?

Maka bertungkus lumuslah Mas memasak tadi, nak cuba masak yang terbaik dan tersedap untuk husband. Bila dah masak dan husband makan terus dia puji sedap, anak² pun cakap sedap. Katanya percubaan pertama Mas berhasil. Kembang semangkuk jap hidung ni, hehehee!

Sedikit petua masak kari ikan yang Mas dapat dari kakak. 
Hanya gunakan kulit kayu manis sebagai bahan tumis. Bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang tak perlu, nanti kurang sedap. Pastu kalau nak kari lebih sedap masukkan secubit halba.

Dipersembahkan Kari Ikan Merah percubaan pertama Mas. Menu lain, ada juga Kangkung Goreng Belacan dan Ayam Goreng Pasti Sedap. Lain kali nak cuba masak Kari Daging pulak.



17 ulasan:

  1. tiba2 terasa lapar pulak,,.. padahal baru je lepas makan tadi.. huhu

    BalasPadam
  2. wow pekat karinya..nice :)

    BalasPadam
  3. wah, sedapnya... terliur saya... huhu

    BalasPadam
  4. wowowowo..
    kari daging tuuuuuu...
    lalala~

    BalasPadam
  5. sangat menggiurkan kesemua hidangannya. that's good of you sebab berani mencoba. practice makes perfect, right :)

    BalasPadam
  6. dh lama x msk kari... nak msk jer en hubby tak bg... xyah ssh2 katanye... huhu

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas...wah dah berjaya memasak lauk kari yg sedap percubaan pertama berjaya tahniah...:)

    BalasPadam
  8. kari feveret tu...tapi bukan kari mamak la.

    BalasPadam
  9. Saya pun jarang masak kari sebab tak berapa suka kari. Husband pun kurang suka. Pastu kalo saya masak kari, tak gunakan santan. Gantikan dengan susu uht dutch lady. Keke. Sihat la konon. *dah follow awak.

    BalasPadam
  10. uncle pandai masak kari...

    meggi kari...

    haha!

    BalasPadam
  11. wow kari. cicah roti sedap nih :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com