Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 2 Februari 2012

Projek besar!

Assalamualaikum...(^ ^)


Syukur ke hadrat Allah SWT atas rezeki yang diberikan. Berkat usaha berkorban masa dan tenaga siang dan malam akhirnya memberikan projek besar. Tak sia² penat lelah husband selama ini mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

Alhamdulillah, bisnes mekanik kecilan husband semakin mendapat sambutan. Boleh dikatakan hari² ada pelanggan hantar kereta untuk dibaiki dan servis. Memang masa husband agak terhad untuk tumpukan kepada kerja mekanik, maklumlah dia berkerja shif. Sehari kerja sehari off. Kalau nak fikirkan penat, memang sangat penat. Balik dari kerja terus sibuk siapkan kereta² pelanggan. Nasib baik pelanggan memahami, jadi takdelah mendesak sangat untuk siapkan kereta cepat.

Yang paling seronok, bila tahun 2012 husband dapat projek built in turbo. Memang pulangannya agak lumayan, tapi setimpallah dengan kerja yang agak rumit. Maklumlah nak modified enjin biasa kepada enjin turbo, mesti rumit kan? Mas pun tak pasti sangat camne kerumitannya, dia mekanik jadi dia lebih tau tentang selok belok enjin ni. 

Sekarang husband dalam proses siapkan built in turbo untuk sebuah kereta wira, dah siap yang ni ada sebuah lagi menanti. Murah rezeki husband, lepas ni Mas tak boleh bising² dah pasal garaj kereta bersepah dengan barang² mekanik dia. Semuanya sumber rezeki untuk Mas dan anak².

12 ulasan:

  1. alhamdulillah~... murah rezeki akak sekeluarga~.. :)

    BalasPadam
  2. wah bestnya tere bab2 kereta ni..huhuu

    BalasPadam
  3. Allah Maha Pemurah :) Alhamdulillah :)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...alhamdullilah rezeki pada tahun ini moga bertambah2 lg nanti rezeki tu...:)

    BalasPadam
  5. wahhhh rezeki dr Allah... selagi ada kudrat...

    BalasPadam
  6. alhamdulillah...
    rezeki untuk anak2...:)

    BalasPadam
  7. JEMPUT SINGGAH ENTRI TERBARU
    NEXT TOP BLOGGER 1 EPISOD 4
    http://awieomar.blogspot.com/2011/05/next-top-blogger-1-episod-4.html

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...moga lepas ni bertambah rezeki sekeluarga =)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, bertambah rezeki kak.

    usaha, dan tawakal.
    insyaAllah, makin melimpah rezeki.

    wan tak de kereta lagi ni.
    heheh

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah kak =) hepy untuk akk.

    BalasPadam
  11. Perghh ..best nih. Boleh ehh suami mas buat enjin turbo. Enjin turbo untuk basikal tak ada lagi orang buat Mas. :) leh jadi projek tu.

    www.hasrulhassan.com

    BalasPadam
  12. syukur Alhamdulillah. rezeki keluarga :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com