terkini dan sensasi

Rabu, 8 Februari 2012

Rawatan lintah bahaya!

Assalamualaikum...(^ ^)


Geli tak dengan binatang ni?

Kalau Mas, minta maaf banyak² ye, memang geli tahap cipan dengan binatang ni. Nampak pun dah geli, usah kan nak pegang. Tapi walaupun binatang ini mengelikan ia dikatakan menjanjikan pulangan yang lumayan pada penternaknya. Katanya ia digunakan untuk tujuan kecantikan dan perubatan. Sejauh mana kebenaran dan kesahihannya, Mas kurang pasti.

Tapi pagi tadi, Mas ada dengar berita di radio. Kementerian Kesihatan telah mengesahkan yang perubatan tradisional menggunakan lintah ini adalah tidak digalakkan. Ini kerana kaedah tersebut telah dikesan tidak selamat dan berisiko menyebarkan penyakit berjangkit. Mereka tiada bukti atau fakta yang sah bahawa rawatan menggunakan lintah ini benar² berkesan.

Bahaya jugak kan, kalau pihak KKM dah sahkan rawatan tersebut tidak elok jadi sebaiknya kita elakkan. Jangan mudah terpedaya dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan ianya bagus untuk kesihatan. Nanti tak pasal pulak kita terdedah kepada penyakit lain yang lebih bahaya..

Sanggup ke biar lintah melekat kat badan pastu hisap darah, Mas tak sanggup!

11 ulasan:

  1. baiklah berbekam dari guna lintah darat nih..

    BalasPadam
  2. dni tak boleh tengok lintah.. rasa geli geleiman.. apa lagi nak try rawatan tu. euwww... bahaya eh dear... kalau cemtu kena bagitahu hubby nih sebab dia ada cakap nak try bekam lintah hari tu...


    p/s: lama dni tak bw.. tak update blog pun ye jugak. hehe.. mood hilang :D

    BalasPadam
  3. rawatan ni mcm bagus kuarkan drh kotor tp tu la takut berjangkit la plak kan. same la mcm bekam ye dak.. dikata tak elok sbb ade kes kena jangkitan hiv.. alahai....

    BalasPadam
  4. a'a tul gaak kan kak mas, buatnya lintah tu dia sedut darah pengidap hiv, then sedut lak darah org lain..kan bahaya tu?

    BalasPadam
  5. lintah mmg bagus utk operasi meengeluarkan darah kotor.tapi minta maaflah kalau saya nak gunakan lintah yarkkk...geli kot!

    bersyukur menjadi wanita sbb tiap2 bulan kita semua ada bekam automatik ie.period ngeee ^^

    BalasPadam
  6. betol tu.. berisiko sebar penyakit... takut jgkkk -.-"

    BalasPadam
  7. TENGOK PACAT PUN SAYA LARI LINTANG PUKANG..NI KAN PULAK LINTAH..EIII...

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mas...tengok gambar je dah geli ini kan nak buat rawatan guna lintah lagi la...:)

    BalasPadam
  9. naik bulu roma tengok gambar tu..hehe

    BalasPadam
  10. lagi satu rawatan ikan pun bahaya gak

    BalasPadam
  11. ramai yg x tahu pasal bekam lintah ni, sebab ramai yg tak buat. kita hanya ckp saje, dan bukan mengalami.

    saya dah 2-3 kali buat bekam lintah, dan yg paling baru saya buat, hasil dari sedutan lintah itu, darah kotor saya berwarna hitam keluar kerana lintah hanya meyedut darah kotor sahaja.

    kemungkinan utk jangkitan hiv sukar sekali kerana lintah yg digunakan adalah lintah yang baru. and selepas digunakan, ia akan dispray dgn alkohol supaya mati

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com