Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 5 Februari 2012

Review filem Chronicle : Menarik tapi sakit hati!

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari Jumaat lepas Mas ada tengok filem Chronicle di pawagam.


Sinopsis filem
Ia mengisahkan seorang remaja bernama Andrew yang mula merakamkan setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya melalui kamera baru yang dibelinya. Kehidupan Andrew memang malang apabila dia selalu didera oleh ayahnya dan juga kawan² di kolejnya. Pada suatu malam Andrew dan sepupunya Matt serta seorang lagi rakan mereka iaitu Casey telah menjumpai satu lubang misteri yang mengeluarkan bunyi. Jadi mereka telah masuk ke dalam lubang tersebut dan menjumpai objek besar yang bercahaya.

Beberapa minggu selepas peristiwa tersebut mereka bertiga telah mendapat satu kuasa yang luar biasa, mereka boleh mengawal pergerakan sesuatu benda dengan menggunakan minda. Jadi mereka telah menggunakan kuasa itu untuk mempermainkan orang lain sehingga pada suatu hari mereka telah mencederakan orang. Semakin hari kuasa mereka semakin kuat sehingga susah dikawal dan terjadi perkara di luar dugaan sehingga menyebabkan Casey terkorban.

Review Chronicle
Pada pandangan Mas filem ini memang menarik, ada jugak sedikit elemen suspen dan kelakar. Yang seronok bila tengok kuasa yang dimiliki oleh remaja² tersebut, sangat luar biasa. Yang kelakar bila tengok mereka mempermainkan orang mengunakan kuasa tu, tapi yang tak menariknya bila setiap babak yang dipertontonkan semuanya dirakam. Maksudnya setiap apa yang berlaku pengarah filem ini akan tunjukkan yang Andrew merakam semuanya. Jadi itu membuatkan Mas sedikit pening dan sakit hati bila menontonnya.

Sebabnya kita tak dapat lihat keseluruhan perkara yang berlaku, gambar pun nampak sekerat² sebab semua ditunjukkan melalui rakaman kamera. Masa pertempuran terakhir antara Andrew dan Matt jugak tak jelas, seolah menonton rakaman video.

Mas bagi 6 bintang untuk filem ni, menarik tapi sakit hati bila menontonnya. Tengok thriller ni dan nilai sendiri apa pendapat anda mengenai filem ini.

 

6 ulasan:

  1. Tak tengok lagi filem ni. filem ni lebih kurang macam filem "PARANORMAL ACTIVITY" tapi filem "PARANORMAL ACTIVITY" tu citer seram tapi best.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...mama x tengok lg la cite ni...:)

    BalasPadam
  3. oh begitu pula.rasa ragu-ragu la pulak dah sekarang ni.nak tengok ke tak eh?haha

    BalasPadam
  4. hehe..
    My dah lama tak tengok wayang dr sebelum kawen.. hihi. pasni beli astro first je laaaa kikiki

    BalasPadam
  5. haha...tepat sekali ayat 'menarik tapi sakit hati'...kita ni kurang didedahkan dengan filem2 yang ala2 rakaman video ni, so rasa cam janggal time dalam panggung tu....haha...

    BalasPadam
  6. tgk trailer macam x best je.. ok kak mas kata 6..so takmau tengok.hehehe :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com