Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 18 Februari 2012

Review filem Ghost Rider 2 : Kurang menyengat!

Assalamualaikum...(^ ^)

Baru berkesempatan review filem Ghost Rider 2 yang ditonton semalam. 


Sinopsis filem
Filem kali ini bertajuk Spirit of Vengeance mengisahkan Johnny Blaze yang masih bergelut dengan sumpahan pada dirinya yang digelar Pemburu Syaitan bersembunyi di suatu tempat di pendalaman Eropah. Tetapi dia telah ditemui dan direkrut oleh satu mazhab rahsia gereja untuk menyelamatkan seorang kanak² dari ancaman syaitan yang mahu menakluk dan memusnahkan dunia. Pada mulanya Johnny enggan menggunakan kuasa Ghost Rider itu, tapi itu sajalah caranya untuk melindungi kanak² tersebut dari ancaman syaitan. Akhirnya Johnny bersetuju apabila dia dijanjikan yang sumpahan terhadap dirinya akan dihapuskan jika dia berjaya menyelamatkan kanak² tersebut. Jadi mampukah Johnny membebaskan dirinya dari sumpahan tersebut selama²nya? Saksikanlah filem ini di pawagam.

Review Ghost Rider 2
Secara keseluruhannya filem kali ini kurang menyengat. Sangat kurang aksi pertarungan yang hebat dari Ghost Rider, setakat menunggang motorsikalnya dan mengalahkan lawan dengan mudah. Aksi² yang mendebarkan jugak agak kurang, entahlah Mas rasa memang sedikit mengecewakan.

Tapi jalan ceritanya takdelah membosankan, Mas masih boleh layan lagi sebab memang minat lakonan Nicholas Cage. Babak² kelakar yang diselitkan sedikit sebanyak menghiburkan jugak. Cuma Mas kurang berpuas hati sebab filem kali ni memang tak berapa menarik, jadi Mas bagi 7 bintang.

10 ulasan:

  1. biasala..citer english, bila yang second series, selalu tak sebest yang first one.

    BalasPadam
  2. ghost rider paling terukkkk... macam sangat mengarut sebab banyak sangat guna grafik komputer yang macam cikai..

    BalasPadam
  3. tak tgk ag. da kak kata amtu. tgu donlod la . ehehe :P

    BalasPadam
  4. agak laa...effect dy pon macam nampak sangat fake kan kak?

    BalasPadam
  5. yang part 1 tu pun atok masih belom nonton T_T

    BalasPadam
  6. Nicholas cage dah tua kot. dah tak daya nak buat stunt lebih lebih.

    BalasPadam
  7. ramai yg kata tak best ! sy pun jadi taknak tengok dah !!.pdhl fav kot yg previous punya !

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com