terkini dan sensasi

Ahad, 12 Februari 2012

Review filem Hantu Dalam Botol Kicap : Hantu lawak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Malam tadi bersungguh² husband ajak menonton wayang. Memang tak menolak, maklumlah menonton wayang tu adalah terapi Mas untuk hilangkan stress. Cerita yang menjadi pilihan husband ialah Hantu Dalam Botol Kicap.


Sinopsis filem
Cerita bermula apabila Aminah dan suaminya Hussin pulang ke kampung bersama 3 orang anaknya iaitu Azri, Rina dan Epul. Aminah meminta ibunya Nek Temah untuk menjaga ketiga² orang anaknya. Nek Temah merupakan seorang dukun. Nek Temah jugak telah berpesan kepada cucu²nya 2 perkara iaitu jangan keluar rumah selepas maghrib dan jangan masuk bilik yang diikat selempang merah. Tetapi dek kerana kedegilan dan perasaan ingin tahu Epul telah membuka pintu bilik misteri tersebut. Secara tidak sengaja dia telah terbuka kain penutup sebiji botol, maka terlepas seekor hantu dan mengganggu mereka. Namun hantu tersebut berjaya ditangkap kembali oleh Nek Temah. Tetapi Epul tetap tidak berpuashati kerana selalu dibuli oleh abang dan kakaknya lalu memecahkan semua botol kicap tersebut dan melepaskan semua hantu didalamnya! Apakah yang berlaku pada Epul, Rina dan Azri? 

Semua terjawap apabila anda menontonnya di pawagam.

Review Hantu Dalam Botol Kicap 
Cerita yang ringan dan mudah difahami. Sebuah filem komedi seram yang berjaya membuatkan penonton tergelak dengan watak² hantu yang memang lawak. Pertama kali Mas tak berasa seram melihat muka² hantu tu, nak tergelak ada lah! 

Para pelakon jugak berjaya membawa watak dengan berkesan, terutamanya watak Nek Temah yang dilakonkan oleh Maimon Talib. Seorang nenek yang garang dan bomoh yang kelakar. Cuma pengakhirannya takdelah berat sangat sebab begitu mudah Nek Temah menangkap hantu² tu. Tapi elemen kasih sayang antara nenek dan cucu jugak diterapkan dalam filem ni. Akhirnya Nek Temah boleh menerima cucu² nya walaupun pada mulalah dia tak suka! 

Keseluruhan cerita yang kelakar, Mas bagi 6 bintang!

10 ulasan:

  1. Kelakar kan,.. terapi bila stress :))

    BalasPadam
  2. ni y nadh rasa nak p tgk jugak ni. ehehe :D

    BalasPadam
  3. @YaNa Yassin
    tulah, hantu pun kelakar!
    Mas memang kalau stress pergi tengok wayang...heheheee

    BalasPadam
  4. @Iffah Afeefah
    tak tengok pun takpe, bukan best sangat! cuma kelakar je...hehehee

    BalasPadam
  5. @fRaMe LenSeS
    pergilah tengok, baru boleh nilai sendiri best ke tak!

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...mesti kelakar cerita ni nanti nak cari la n nak tengok...:)

    BalasPadam
  7. ada maso nanti atok nak poie nonton lah!

    BalasPadam
  8. takmau tengok. sbb kak mas bg 6 over 10 je. hehe

    BalasPadam
  9. betul2 penonton wayang tegar hehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com