Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 6 Februari 2012

Review filem Sumpahan Kum Kum : Menyeramkan!

Assalamualaikum...(^ ^)

Dapat jugak tengok filem yang dikatakan sangat seram ni. Walaupun anak² Mas takut nak tengok tapi akhirnya mereka tengok, Mas dah pesan kalau takut tutup muka.


Sinopsis filem
Cerita bermula apabila adik Adi dibunuh, ini menjadi tanda tanya kenapa adiknya dibunuh. Semua itu terbongkar apabila ibu Adi iaitu Mak Som meninggal dunia. Selepas dia meninggal Adi mengalami pelbagai kejadian yang menakutkan dan diganggu oleh bayangan adiknya, ibunya dan seorang wanita. Rupanya Mak Som telah menggunakan ilmu hitam untuk mencantikkan wajah seorang wanita bernama Milah, tetapi Milah telah melanggar pantang larang yang disyaratkan oleh Mak Som dan mukanya menjadi hodoh kembali. Untuk mencantikkan kembali wajahnya, Milah terpaksa membunuh dan minum darah 9 orang anak dara sunti. Tetapi wanita pertama yang Milah bunuh adalah anak Mak Som, apabila Mak Som dapat tahu dia terus membunuh Milah dan Milah pulak berjanji akan membunuh semua keturunan Mak Som. Maka wujudlah hantu kum kum iaitu roh Milah menganggu Adi dan keluarganya.

Review Sumpahan Kum-Kum
Bagi Mas filem ni memang seram, seram lagi dari filem Khurafat dan Al-Hijab. Memang banyak babak² suspen yang menyeramkan, efek kemunculan hantu yang membuatkan penonton terkejut memang memberikan kesan. Seluruh penonton di panggung menjerit ketakutan! 

Lakonan Fezrul Khan jugak memang berkesan. Wataknya yang kelam kabut itu kadang² mewujudkan elemen kelakar sehingga membuatkan penonton ketawa. Yang paling menarik semasa babak dia kena rasuk dengan hantu kum kum itu, memang menjadi.

Mas bagi 8 bintang untuk filem ini, memang menyeramkan!

10 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...wah mcm ni nak tengok la filem ni mcm best jer...:)

    BalasPadam
  2. oh ya ke..? seramnyer. tapi taknak tengoklah. lagi takut lagi seram kalu tak sempat banyakkan amal.. heeee jangan marah. Permisi.

    BalasPadam
  3. waw !!! cenggitu sekali bagi komeng . hehehe . best lettew .

    BalasPadam
  4. wan tak suka sangat cite seram melayu.
    tapi citer ni macam best.
    kena tengok ni.

    BalasPadam
  5. @mamawana
    tengok sekadar hiburan je! bukan nak percaya pun...

    amalan tu memang kita kena perbanyakkan, pandailah kita bahagi masa antara amalan dan hiburan!

    BalasPadam
  6. @sYafIk-wAy
    bestlah jugak... tapi memang seram!

    BalasPadam
  7. @maszull
    ini cuma review saya je kak... kalau nak tau best ke tak, tengoklah dulu!

    BalasPadam
  8. okeh..nak tunggu ada keluar kat internet..hehee

    BalasPadam
  9. tengok citer hantu lak ye hehehe

    BalasPadam
  10. perghh, 8 over 10. sah sah lah best. sbb saya kalau tengok review dr kak mas ni mmg boleh percaya sangat !! we have the same taste ! hehe :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com