terkini dan sensasi

Rabu, 15 Februari 2012

Sayang seribu kali sayang

Assalamualaikum...(^ ^)


Berkat kesungguhan dia dalam kejohanan pagi tadi akhirnya beroleh kemenangan, naib johan dalam kategori berpasukan dan tempat keempat dalam kategori individu. Dengan kemenangan ini sekaligus Atikah berjaya terpilih sebagai pemain di Kejohanan Boling Majlis Sukan Sekolah Daerah Sepang. Terharu sungguh Mas, tak sangka dia berjaya!

Tapi sayang seribu kali sayang, dukacita Atikah tak dapat hadir untuk kejohanan MSSD tu sebab tarikh kejohanan pada 23/2/2012. Pada tarikh tu adalah tarikh yang sama Mas akan bercuti ke Sabah, dari 22/2/2012 hingga 25/2/2012. Memang rasa sangat terkilan, tak sangka pulak terkena pada tarikh yang sama. Dahlah memang harapan Mas nak tengok dia beraksi di kejohanan yang lebih besar!

Bila suruh Atikah buat pilihan dia pun berbelah bagi, tak tahu nak bagi keputusan camne. Kalau pilih boling susah jugak sebab nak tinggal dengan siapa kat rumah. Tapi bila pilih Sabah, rasa sedih dan terkilan pulak. Nak tak nak kena tolak boling dalam keadaan paksa rela.

Mas pun hampa jugak, tapi tak boleh buat apa dah. Dia terpilih sebagai pemain MSSD pun dah satu kebanggaan buat Mas, walaupun tak dapat beraksi. Tahun depan ada peluang lagi Atikah!

10 ulasan:

  1. takperlah, mungkin belum rezeki dia lagi, tunggu tahun depan nanti yea..by that time kan, kena usaha sungguh2 lagi mana tau boleh jadi juara kan..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...ala cian nyer x dpt menyertai kejohanan itu tapi x apa sbb tahun dpt boleh cuba lg...:)

    BalasPadam
  3. Tahniah....atiqah.

    takpe next year ada lagi. tahun nie tak dapat xpe tapi diganti dgn percutian menarik di sabah.

    BalasPadam
  4. meh sini tinggal dengan acik lizalah.. nanti ajar acik liza boling. ada satu bola boling kat umah ni saiz 9, tak pernah guna lagi sebab bila pegi main boling tak pernah plan pun.

    BalasPadam
  5. Ala sedihnya....xpo2, tahun depan cuba lagi sampai ke tahap lebih tinggi =)

    BalasPadam
  6. Wahh happynye Atikah.. tak mengapa ada peluang lagi nanti.. syabas!

    Sabah cantik tau.. jgn kesal lepaskan peluang tu..

    BalasPadam
  7. Sian atiqah..tentu serba salah nk pilih ye..tak pe, insyaallah ada rezeki lain nnti,lg pun dah mmg sah dia terpilih mewakili sklh..tapi..tak boleh ubah dah ke tarikh Mas ke Sabah tu..huhu

    BalasPadam
  8. xpe, ada hikmah di sebalik nye tu ..

    BalasPadam
  9. @ariana
    tak boleh ubah dah kak, sebab dah booking lama dari tahun 2010 lagi... takpelah, next year ada lagi!

    BalasPadam
  10. Selamat bercuti ke Sabah nanti untuk Mas sekeluarga.Pasal boling, mungkin ada peluang lebih besar di masa hadapan nanti, InsyaAllah.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com