Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 13 Februari 2012

Sekali lagi terpilih

Assalamualaikum...(^ ^)


"Mama, 15hb ni Ika kena main boling. Ika terpilih untuk wakil sekolah!"

Itulah yang diberitahu pada Mas dari minggu lepas lagi, tak sangka sekali lagi dia terpilih mewakili sekolah. Pemilihan dibuat bagi mencari wakil untuk ke Kejohanan Boling MSSD Sepang. Tahun lepas dia terpilih jugak tapi tak layak ke MSSD, harap tahun ni ada rezeki dia.

Kenalah Mas ikutkan minat dia, tak boleh nak halang dah. Pihak sekolah dah nampak bakat dan kebolehan dia dalam sukan boling ni, awal² lagi cikgu dia cakap yang Atikah dah jadi pemain sekolah. Bangga kejap mama dia, lagi pun sekarang ni pelajaran dan aktiviti sukan perlu seimbang. Sekolah mahu murid² bukan sahaja pandai dalam pelajaran tetapi aktif dalam bidang sukan.

Jadi hari Sabtu lepas Mas bawak dia pergi latihan kat Alamanda, ajar dan turunkan ilmu yang Mas dan husband ada untuk dia. Banyak jugak skill yang kami ajar. Tapi Atikah ni biasalah, bila ajar yang susah sikit mulalah dia asyik cakap tak pandai.

Sampai babah dia cakap..
"Kakak nak wakil sekolah tak ni? Kalau nak kena berlatih betul² dan ikut apa yang mama dan babah ajar, kalau malas tak payah pergilah."

Bila dah cakap camtu, baru dia bersemangat sikit. Takut babahnya tak bagi pergi pulak. Tapi Mas tak kisah sangat, janji dia dah ada kemahiran dan boleh dapat markah yang bagus. Cuma ajar lagi sikit untuk pertingkatkan lagi skill yang sedia ada, baru boleh jadi pemain boling yang mantap!

Harap suatu hari nanti dia boleh jadi pemain boling profesional seperti Shalin Zulkifli.

17 ulasan:

  1. bestnya pandai main bowling.saya main asyik msk longkang jer hehe...

    BalasPadam
  2. wah! dah ada pelapis muda ganti Shalin la.. bagus, bagus... moga dia meraih kejayaan nnti...

    BalasPadam
  3. ikut jejak mama dan abah dia la..

    klorga pandai main boling.

    BalasPadam
  4. wah baguslah tiqah! all the best!

    BalasPadam
  5. Wah....insyAllah...amin... =)

    BalasPadam
  6. bagus la kecik2 dh pandai main bowling ...

    BalasPadam
  7. wah..bagus la macam tu..
    kalau di gilap boleh jadi bintang ni..:)

    BalasPadam
  8. wahhhh! i like.. bila mas nak ajar kak liza pulak. jom alamanda. 1 game dah la... extra time kita makan2 pulak. bila free roger kak liza.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah. rezeki dia. tahniah buat anak akak !! :) mesti menang nih !! :)ni mesti ikut jejak mama dia nih.

    BalasPadam
  10. Pandainya main bowling..dari kecik dah pandai main, besar2 nanti lagi terer. hheehe

    BalasPadam
  11. wah ini kalau lawan dgn CK...mahu CK kalah dengan si kecik nie

    BalasPadam
  12. terbaikla kak

    kecik2 da ajr

    insyaallah berjaya

    BalasPadam
  13. ni boleh asah lagi bakat main bowling...bagusnya Atikah, untung2 nanti boleh belajar di sekolah sukan pulak

    BalasPadam
  14. assalamualaikum mas...wah dah ada calon pengganti Shazlin Zulkifli la tahniah buat Ika yer...:)

    BalasPadam
  15. Tahniah buat ank Mas kerana berjaya jd wakil sklh. Kami sekeluarga baru nk berjinak-jinak ngan sukan boling ni..hehe.Kena banyak berlatih lg..asyik masuk longkang je..

    BalasPadam
  16. budak sekolah sekrang dah ada perstuan boling lagi. Bila anak sedara cakap dia masuk kelab boling kat sekolah mula2 tak percaya, tapi memang ada. untung la...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com