terkini dan sensasi

Jumaat, 17 Februari 2012

Sindiket atau sebaliknya

Assalamualaikum...(^ ^)


Baru balik dari menonton wayang Ghost Rider 2, Mas ambil tiket jam 8.45 malam. Pasal filem tu Mas akan review esok ye.

Dalam perjalanan balik tadi, kami singgah di Shell untuk isi minyak. Masa husband tengah khusyuk penuhkan tangki datang seorang budak perempuan dekat dia, nak minta sumbangan untuk rumah anak yatim katanya. Cara sumbangan ialah kita perlu beli CD dari dia berharga RM10.

Bayangkan masa tu pukul 11 malam, masih ada lagi budak perempuan yang berumur belasan tahun berkeliaran di situ. Camne kalau ada orang yang cuba ambil kesempatan, tak tahu bagaimana nasib budak tu. Tak pasal² jadi mangsa orang yang tidak bertanggungjawab!

Mas perhatikan dari dalam kereta, tengok jugak kot ada van atau kereta menunggu dia. Maklumlah sekarang banyak sindiket yang mempergunakan budak², mereka kata dari rumah anak yatim. Kalau dari rumah anak yatim tak akan disuruhnya budak² tu menjual barang untuk minta sedekah.

Kadang² Mas terpikir jugak bagaimana budak ni boleh terlibat dengan sindiket sebegini, atau pun memang ada rumah anak yatim yang gunakan budak² untuk kepentingan mereka. Tak tahulah kan, yang pastinya masa kami berlalu dari situ dia masih ada menanti. Dengan harapan ada orang yang akan beli barang yang dijual, simpatinya Mas pada dia.

8 ulasan:

  1. kadang2 sebasalah kan? nak bagi ke, tak nak... nak bagi ke, tak nak....

    BalasPadam
  2. @-gedek!
    betul tu uncle... kesian pun ada kan?

    BalasPadam
  3. @Munnafendy
    memang pun, tak dapat bayangkan kalau itu adik beradik kita..

    BalasPadam
  4. kesian mmg kesian..tapi nie sindiket sbnrnya....tapi ikut kata hati la kak...terpulang. pasal mcm saya tak beri pun walau org tuk sya tgk mcm kesian giler.

    tapi....

    bila hati terdetik suh menderma...jadi saya akan capai wallet dan beri apa yg duit pertama saya capai, walau nilai dia besar. ikut nasib.

    BalasPadam
  5. blog mazidul dah banyak kali bongkar isu ini.akak sendiri pun pernah memberi sbb kesian.tp lepas tu duk fikir mcm kita lagi menggalakkan mrk buat keje mcm tu.

    mmg org malaysia ni murah hati.baru2 ni dlm ikim pihak jkm (kalau x silap) ada bgtau kalau jumpa kes mcm tu sila ambil info (nama sekolah, nama guru, no.tel dll) then buat report polis.

    pernah soal pd anak2 tahfiz tu kenapa kerja mcm tu.lg pun benda2 ni dah kuar paper dan ada cikgu mrk yg ditangkap polis.jawab budak tu "tu semua fitnah je.."

    BalasPadam
  6. acapkali dah terjadi. memang dah ada idea nak wat entri pasal ni. tunggu...........

    BalasPadam
  7. kalau namee, namee bg dia makanan. belikan air kotak n roti.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com