terkini dan sensasi

Khamis, 16 Februari 2012

Terapi stress yang mudah

Assalamualaikum...(^ ^)


Semua orang ada rasa stress, tak boleh lari. 

Stress ni ada macam². Pada kerjalah, pada kawanlah dan pada kehidupan seharian. Tapi kita jangan mudah terperangkap dengan stress, boleh menyebabkan kemurungan. Sebab itulah bila stress kita kena bertenang, tarik nafas dalam² dan pejamkan mata serta cuba tenangkan fikiran. Jangan terbawa² dengan stress tu.

Stress ini jugak ada terapinya, terapi itu pulak terpulang pada kita sendiri. Bagaimana dan apa yang kita suka buat untuk hilangkan stress tu. Macam Mas kalau stress sangat di pejabat, Mas akan makan coklat. Duduk rilek sekejap dalam 10 minit dan makan coklat kegemaran, sebab itulah kat dalam handbag mesti ada coklat Dove atau Cadbury. Sedap, memang hilang stress.

Kalau kat rumah, terapi stress Mas adalah memasak. Dah penat kerja 5 hari, jadi hari Sabtu dan Ahad Mas akan memasak. Masaklah resepi yang husband dan anak² suka. Bila berada di dapur kita akan lupakan stress yang ada sebab masa tu kita tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang dimasak.

Satu lagi cara, pergi menonton wayang. Sebab itulah Mas suka menonton filem yang disukai di pawagam, lebih seronok. Nak pulak filem yang best dan menarik. Masa menonton memang boleh lupa segala stress yang ada, tumpuan hanya pada cerita yang ditonton.

Tapi ingat, jangan pulak bila stress kita makan. Nanti tak pasal berat badan naik mendadak!

10 ulasan:

  1. bila diri mengalami keadaan tekanan, ambil wudhuk dan tenangkan hati dan fikiran...dan perbanyakan zikir...insyaAllah hati tenang, dan stress pun berkurang....

    BalasPadam
  2. yes..
    sama mcm ayu, suka makan coklat.. hahahhaha

    BalasPadam
  3. :)

    cekelat bar atau sekutu dia mmg terapi terbaik tuk strees nie

    BalasPadam
  4. atok kalo stress makan banyak
    t_t

    BalasPadam
  5. tang masak tu malas sikit, makan tu suka sangatlah kak liza ni.

    BalasPadam
  6. kak es sejak ngandung ni pun asyikk stressss jeee..

    nak hilang pi cari tutti fuitti... melampau betoi hahahah

    BalasPadam
  7. zana tak suke masak . memang dalm ati nak belaja . tapi jiwe tak kena . hehe .

    bila stress zana bukak lagu kuat kuat dan kuat sangat sangat :D *tapipakaiheadfonesaja

    http://syazanasani.com

    BalasPadam
  8. kakmas, kita sama. namee kalau stress suka tengok wayang. sambil tgk wayang makan coklat. hehe. kadang2 naik lrt pun dah buat namee hilang stress. hehe :)

    BalasPadam
  9. sekarang tengah stress.tapi alhamdulillah dah berkurangan..

    baca al quran..lega..masalah hilang macam tu jer....

    dulu kan masa eka study,stress sampai masuk ward..puhhh

    itu dikira tak reti mengawal stress..hehehehe...

    BalasPadam
  10. Stress menyebabkan aku dapat migrain. sejak tu sekala benda yang remeh temeh aku tak terlalu fikirkan sangat. mental kena sentiasa tenang dan positif.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com