terkini dan sensasi

Rabu, 22 Februari 2012

Terbang ke Sabah

Assalamualaikum...(^ ^)


Seperti yang dihebahkan sebelum ni, hari ini Mas akan terbang ke Sabah. Cuti² bersama keluarga dan adik beradik. Mas akan berada disana sehingga 25/2/2012. Saat entri ini diupdate Mas dah berada di LCCT, menunggu masa untuk melangkah masuk ke perut kapal terbang.

Sepanjang berada di Sabah blog memang terpaksa ditinggalkan buat sementara waktu, tapi walau ditinggalkan ia tidak akan dibiarkan sepi tanpa cerita. Nanti suram pulak hari kawan² tanpa membaca entri terbaru dari massaari.com.

Jadi Mas dah siapkan entri autopublish sepanjang Mas bercuti di sana, satu hari ada 2 entri. Sebelah pagi akan ada entri tips cuti² versi Mas untuk panduan bersama, dan sebelah petang pulak akan ada entri perkongsian ilmu untuk manfaat bersama. Kalau berkesempatan pada sebelah malam Mas akan cuba update secara langsung percutian di Sabah. Kalau tak sempat, kena tunggu Mas balik baru boleh cerita ceriti keseronokan bercuti di Sabah.

Blogwalking secara pukal ke blog kawan² memang tak dapat dilakukan, tapi bila balik nanti Mas akan balas dendam. Mas akan terjah blog kawan², jadi jangan lupa bertandang ke blog Mas dan baca entri.

Jumpa lagi selepas 25/2/2012!

19 ulasan:

  1. semoga selamat sampai dan pulang..selamat bercuti kak..:)

    BalasPadam
  2. selamat cuti2 mesia mas..sonoknya percutian keluarga.stay katner?

    BalasPadam
  3. semoga selamat pergi dan pulang .. amin (^^)

    BalasPadam
  4. wah syioknyee :) fika lak ahad ni mnggu flight utk ke korea hehe

    BalasPadam
  5. Selamat bercuti dengan selamat mas dan famili. Seronok lak tengok orang melancong. Rasa nak gi gak.

    BalasPadam
  6. selamat bercuti mas, seronoknyaa...

    BalasPadam
  7. bawak balik gambar juta-juta ye mas?

    BalasPadam
  8. selamat bercuti Mas!!

    Nanti jangan lupa ya cerita, sebb CK plan nak ke sana jua

    BalasPadam
  9. sabah is great! seriously. enjoy your holiday ya! :)

    BalasPadam
  10. Selamat bercuti...have a nice holiday..

    BalasPadam
  11. selamat bercuti...sabah menarik bah..

    BalasPadam
  12. happy holidays!! selamat pergi dan kembali....

    BalasPadam
  13. selamat bercuti kak!!!
    jangan lupa bawak balik ole2 untuk kitorg ni ye... hehe...:)

    BalasPadam
  14. assalamualaikum mas...wah bestnya ...selamat bercuti yer mas jgn lupa oleh2 dr sabah yer...:)

    BalasPadam
  15. selamat holiday ye akak ! tangkap gambar byk2 tau :)

    BalasPadam
  16. duk fikir ni, nak kirim ape ye kat akak,,
    heheheh

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com