Assalamualaikum...(^ ^)
Update Sabah : Sekarang dah ada kat KK, hari ni island tour ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi.
Update Sabah : Sekarang dah ada kat KK, hari ni island tour ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi.
Ada lagi tips cuti² hari ini, Mas nak kongsi pulak mengenai perlunya menyediakan itinerary untuk percutian kita. Itinerary ialah jadual aktiviti kita sepanjang bercuti di destinasi pilihan tu.
Kenapa perlu itinerary? Senang untuk kita merancang jadual perjalanan, tidaklah nanti bila berada di destinasi percutian baru kita terkial² nak pilih tempat mana dulu yang nak dilawati. Dengan adanya itinerary, semuanya akan lebih teratur dan terancang. Baru seronok bercuti kan?
Itinerary yang dibuat perlu lengkap, antaranya ialah perancangan masa. Misalnya pukul berapa kita nak berkumpul di airport. Kalau masa tu tak ditetapkan, takut nanti ada yang terlewat pulak. Seterusnya apa aktiviti yang nak kita lakukan sepanjang bercuti tersebut, semuanya perlu dijadualkan dari hari pertama sehingga hari terakhir. Takdelah kelam kabut nanti!
Bila kita buat itinerary sebegini, baru tidak terlepas pandang untuk melawati semua tempat² menarik di destinasi percutian tersebut. Sebabnya kita dah rancang dari awal tempat mana yang nak dilawati. Pastikan jugak setiap orang yang menyertai percutian dapat sesalinan itinerary tersebut, senang mereka nak rujuk nanti.
Bila dah rancang baru seronok percutian tu. Ada tips lagi esok, jangan lupa baca.
syoknya cuti2
BalasPadamTq, Tip yg berguna..Slmt bercuti Mas:)
BalasPadamhepi travel mas...pasti seronok..
BalasPadamrajen btol autopublish! :) beli ole2 ye hehe
BalasPadamassalamualaikum mas...seronoknya dapat melancung n jejalan kan dapat tip lg nak pi melancung dr mas kat sini...:)
BalasPadamMas, CK nk copy itinery sabah nie. Pasnie plan nk ke sana. Bolehkan>?
BalasPadamboleh je, copy lah!
Padambetul !! bila ada jadual, barulah timing tu teratur kan !!
BalasPadamsungguh padat sekali jadual melancong hehehe
BalasPadam