Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 23 Februari 2012

Tips cuti-cuti : Rancang bajet percutian

Assalamualaikum...(^ ^)

Update Sabah : Sekarang Mas berada di Kundasang, melawat tempat² menarik di sini. 


Seperti yang dijanjikan, hari ini ada lagi tips cuti². Tips kali ini ialah mengenai pentingnya kita rancang bajet sebelum bercuti. Perancangan ini perlu untuk memastikan setiap wang ringgit yang kita keluarkan berbaloi dan sepadan dengan percutian yang kita lalui.

Sebelum bercuti kita kena rancang secara teliti setiap bajet yang diperlukan. Merangkumi segalanya seperti sewa hotel, sewa kenderaan, makan, membeli belah dan perbelanjaan di luar jangkaan. Ini untuk pastikan bajet yang kita peruntukkan mencukupi, kalau terlebih bajet nanti susah.

Nak pulak percutian yang melibatkan ramai orang macam Mas ni, lagilah perlu rancang bajet dengan teliti. Kalau tidak nanti ada pulak yang tak puas hati sebab terpaksa keluarkan belanja lebih. Jadi kena pastikan mereka keluarkan belanja yang setimpal dengan percutian tu, baru sempurna.

Masa nak rancang bajet, berbincang dulu dengan setiap orang yang menyertai percutian tersebut. Barulah semua boleh faham kenapa jumlah wang sebanyak itu yang diperlukan, lagi teliti perancangannya lagi boleh cut cost. Yang penting percutian itu menarik walaupun bajet ciput.

Kepada yang nak bercuti selamat merancang bajet, moga tips ini membantu!

3 ulasan:

  1. kalau bajet cantik...nak jalan2 pun senang hati..

    BalasPadam
  2. memang betul mas. Bajet perlu dirancang untuk sebelum, semasa dan selepas melancong

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com