terkini dan sensasi

Rabu, 22 Februari 2012

Tips cuti-cuti : Survey

Assalamualaikum...(^ ^)

Update Sabah : Dah jejak kaki kat Negeri Dibawah Bayu, sekarang dalam perjalanan ke Kundasang.


Sepanjang bercuti di Sabah ni, Mas nak kongsikan sedikit tips cuti². Semua tips ini Mas gunakan setiap kali nak pergi bercuti, tips pada hari ini ialah mengenai keperluan kita buat survey. 

Survey ni merangkumi hotel penginapan dan sewa kenderaan, ia sangat penting supaya kita dapat cari hotel yang menawarkan harga yang berpatutan dan sesuai dengan bajet kita. Kalau kita bercuti ramai² lagi perlu cari hotel yang lebih murah, kalau hanya bercuti bersama keluarga takpelah cari hotel yang agak mahal sikit. Tapi murah atau mahal tak penting, janji selesa!

Bila dah dapat hotel yang sesuai, telefon dulu. Survey dulu harga dan pakej yang ditawarkan, adakah sesuai dengan bajet kita. Jangan main tempah terus, takut ada lagi hotel yang lebih murah. Begitu jugak dengan sewa kenderaan, jangan main tempah je. Cari agen yang menyediakan sewa yang berpatutan dan berpadanan dengan jenis kereta. 

Satu lagi tips, kalau kita tak dapat survey di internet apa kata kita survey dengan kawan². Mana tau ada di antara mereka yang pernah pergi ke tempat tersebut, mungkin sedikit sebanyak mereka boleh membantu. Jangan malu bertanya nanti sesat jalan.

Kalau Mas, lagi suka buat kedua² cara. Survey di internet dan survey dengan kawan², memang banyak membantu untuk jadikan percutian Mas menarik dan menepati bajet.

Harap suka dengan tips cuti² ni, jumpa lagi esok dengan tips cuti yang lain.

7 ulasan:

  1. kan. survey dulu tu penting..
    tak pernah sampai sabah..T_T

    BalasPadam
  2. Btol tu btol.. klaw nk bercuti, mmg kena buat survey dulu barula berbaloi and everything akan berjalan lancar.. :)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...tips cuti yg bagus boleh jadikan panduan semua...:)

    BalasPadam
  4. bagus tips akak. em selalunya org harap terus pada agen. kadang2agent pun tipu.

    BalasPadam
  5. Survey tu penting sebelum holiday.. Baru la seronok jalan jalan..
    Anyway.. Sabah memang best..

    BalasPadam
  6. ejyoy.....kundasang pun menarik.jgn lupa pergi hot spring dan kelah sentuary

    BalasPadam
  7. ingatkan dah baca dan komen kat sini. rupanya tak lagi hehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com