terkini dan sensasi

Ahad, 19 Februari 2012

Walau susah

Assalamualaikum...(^ ^)


Walau susah sekali pun, walau payah sekali pun, ibu tetap lakukan apa saja untuk anaknya.

Walaupun terpaksa mengerah keringat membanting tulang, walaupun terpaksa berkorban harta serta wang ringgit dan walaupun nyawa dipertaruhkan, semuanya ibu sanggup. Semuanya demi seorang insan tercinta yang dipanggil anak.

Susah dan payah tiada dalam kamus hidup ibu jika urusan itu melibatkan anak, yang penting anaknya dapat segalanya. Dapat makan, dapat pakai, dapat tempat tinggal, dapat pelajaran dan dapat kesenangan, dia susah takpe..

Tak sedar lagikah kita kesusahan dan kepayahan ibu. Mengandungkan kita 9 bulan 10 hari, bertarung nyawa ibarat telur di hujung tanduk semasa melahirkan kita. Bersekang mata siang dan malam membesarkan kita, berkerja membanting tulang demi mendapatkan sesuap nasi untuk kita, tak lena tidur kerana kita nak hadapi peperiksaan penting. Banyak lagi, tak terhitung dengan jari.

Jadi tak susah untuk kita hargai jasa dan pengorbanan ibu

Khas untuk Next Top Blogger 1 - Episod 7 

9 ulasan:

  1. betul tu..sy syg ibu sy sgt3..=3

    BalasPadam
  2. pengorbanan ibu memang tak ternilai...

    jemput bce entry mengape mairaqueen lame tak blogging..

    BalasPadam
  3. setuju sangat :) mungkin kita kena jadi ibu dulu utk tahu betapa besarnya pengorbanan ibu :')

    BalasPadam
  4. Hargailah dan sayangilah IBU kita selagi dia masih ada dalam hidup kita..


    p/s : Nak minta tolong MJ dalam contest boleh?
    http://normj1001.blogspot.com/2012/02/mj-nak-menang-nikon-d90-dari-denaihati.html

    BalasPadam
  5. ok...entri ni buat saya terharu kak.....huhuhu

    rindu plak pada kampung.

    BalasPadam
  6. Mesej diterima. Terima kasih sudi mengikut assignment yg diberi. Entri ini akan disenaraikan dalam carta minggu ni. Jika entri ini mendapat komen yang terbanyak dari peserta lain, Imuniti diberi kat anda minggu ni.

    BalasPadam
  7. :') kasih ibu... huhu.. rindu umi dni

    BalasPadam
  8. :') sedih. terus pergi cari mak.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com