terkini dan sensasi

Selasa, 28 Februari 2012

Yang baru!

Assalamualaikum...(^ ^)


Comel tak IC baru ni, baru ambik semalam.

Sebelum Mas pergi bercuti ke Sabah lagi dah buat, itu pun husband yang bersungguh ajak. Katanya nak tukar alamat kat IC, nak guna alamat rumah kat sini. Alasannya bila mengundi nanti malas nak balik kampung, mengundi kat sini lagi senang.

Betul jugak kata husband, nak balik mengundi kat kampung kos minyak dengan tol lagi. Jadi kalau dah tukar alamat sini senang sikit. Jadi 21/2/12 Mas pergilah ke JPN, ingatkan memakan masa yang lama sebab Mas agak mesti ramai orang. Sekali sampai kat sana, sepantas kilat je dah selesai. IC akan siap dalam masa 1 hari.

Masa ambil IC semalam pun sekejap je, tak sampai 5 minit tunggu. Jadi kalau kawan² nak tukar IC baru bolehlah pergi. Memang cepat, tak perlu tunggu lama. Hari Sabtu Ahad pun mereka buka kaunter sampai jam 2 petang.

Yang bagusnya mereka dah masukkan data lesen memandu dalam IC, cuma Mas perlu pergi ke pejabat pos untuk tukar alamat tempat mengundi.

18 ulasan:

  1. kalau uncle, sure muka masam punya...!

    haha!

    BalasPadam
  2. kak, sy pon da g tuka. siap mintak tgok gambo. sebb yg 1st tu mulut nampak besi!!! hehe

    BalasPadam
  3. kena bayar tak...ada member kena bayar

    BalasPadam
  4. ha ha Kg asal kat mana???

    Eh nnt nak mengundi di sekolah mana ni??? sebab bonde akan bertugas di Sek. Keb. Salak... Jeng jeng jeng...

    Taman yg u ddk ni dekat jew dengan umah bonde....

    he he he

    BalasPadam
  5. minggu depan baru nak tukar..
    kena praktis senyum dr sekarang

    BalasPadam
  6. atok masih lagi ic lamo...nanti ado maso nak tukar lah =)

    BalasPadam
  7. Sempoi jugak ye Ic baru ni.. nak buat yang baru jugakla nanti.. :)

    BalasPadam
  8. ic wan baru lagi, tak nak tukar lagi..nanti nanti la tukar.

    BalasPadam
  9. mas buat kat jpn salak tinggi tu memang cepat. kak liza selalu buat ic anak kat sana je. mudah dan cepat.

    BalasPadam
  10. zla pon ingat nak buat, tp nampaknya kena buat lps abis pantangla..skang ni hormon kehamilan byk sgt,hehheh..

    BalasPadam
  11. asyik bertangguh je nak tukar ic ni..memang nak tukar tapi tak pergi2 lagi...

    BalasPadam
  12. belum terpikir lagi nak tukar ic baru.. malas nak g jpn

    BalasPadam
  13. masukkan data lesen memandu tu ok dah kak, tp sayangnya polis kat malaysia ni xde la secanggih mana..kalau roadblock still kena tunjuk lesen memandu, bila bg ic diorg kata alat scan tu tak ada @ tak bawak..

    so fungsinya yg canggih tu tak dpt jugak digunakan sebaiknya

    BalasPadam
  14. wah, cantik lah ic baru. ada dua muka kita !! hehe. namee tak wat lagi. :( nnti2 lah..

    BalasPadam
  15. IC dah buruk sebab malas nak gi tukar hehehe. Nak tak nak kena tukar baru gak.

    BalasPadam
  16. IC dah buruk sebab malas nak gi tukar hehehe. Nak tak nak kena tukar baru gak.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com