terkini dan sensasi

Khamis, 1 Mac 2012

5S! 5S! 5S!

Assalamualaikum...(^ ^)

Bagi yang dah bekerja pasti tahu apa itu 5S, boleh dikatakan semua jabatan kerajaan dan swasta telah mengamalkan 5S ni. Bagi kawan² yang tak tahu langsung pasal 5S, boleh baca di sini.

Sekarang ni kat pejabat Mas memang tengah hangat dengan 5S. Walau tak suka dan tak nak camne pun memang kena buat jugak, jadi dalam minggu ni memang Mas pulun buat. Tetiba pulak jadi rajin, dapat semangat baru agaknya lepas balik bercuti dari Sabah.

Jadi ruang kerja Mas dah selesai. Dah sisih, dah susun dan dah sapu, label pun dah buat. Ternyata senang sebenarnya bila buat camni, memudahkan kerja kita dan jugak memudahkan PA yang ganti semasa Mas bercuti. Buat masa ni Mas buat label mengikut kesesuaian sendiri. Sebenarnya ada label yang mengikut standard 5S, tapi buat sementara guna yang sendiri dulu. Janji buat kan?

Inilah keadaan ruang kerja Mas selepas dah buat 5S, semua kena letak label.





12 ulasan:

  1. wa chaiyuk2....

    bonde paling suka sebab dlm audit yg lepas zon kami dapat no 2... yes yes yes x sia2 usaha kami selama ini.... bayangkan kenapa kami gembira... odit yg lepas zon kami adalah zon paling teruk ...(malu)... tp kami terus bersemangat waja... nak kan yg terbaik tuk jabatan.... syabas tuk mass...dpt menjayakan 5S.

    Pas ni boleh la diamalkan dirumah pula.. he he he

    BalasPadam
  2. ha bagus tu 5S, tempat kitaorang dah lepas dah, hehe..

    BalasPadam
  3. slipar angry bird yang paling terserlah,.hahaah

    BalasPadam
  4. kak perlu tulis.

    " selipar angry bird "

    hehehe

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...bagusnya ada 5s ni keadaan lebih teratur n kemaskan...:)

    BalasPadam
  6. Ni nak persijilan dari MPC atau dari MAMPU??ofis Jay tgh menuju pensijilan kali kedua dari MAMPU..Audit Pensijilan pada 23 MAC nanti.:)

    BalasPadam
  7. tempat kami lum kena odit lagi.. just odit dalam.. pastu senyap jer..last 5s pon ntah kemana... kemas jap je, pastu sepah balik..he3

    BalasPadam
  8. selipar angry bird yang hitam ada jual tak?

    hehe

    BalasPadam
  9. laaa selipar ngan telefon pun kena label? tak kenal ke? haha =D

    BalasPadam
  10. @Munnafendy
    bukan tak kenal, tapi kita kena label kat tempat mana kita letak tong sampah tu... bila dah label kita tak boleh alih tong sampah tu ke tempat lain, kena letak kat tempat yang dah dilabel tu!

    BalasPadam
  11. Dalam bidang saya pula amalkan 10S.
    Mas tahu?

    BalasPadam
  12. setiap benda ada tag!! hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com