Assalamualaikum...(^ ^)
Baca di blog Namee pasal kisah budak sekolah dan handphone, terus terfikir nak berkongsi kisah anak Mas dengan handphone.
Mas belikan anak sulung handphone seawal umur dia 6 tahun. Awalnya, sebab apa? Sebab masa tu lepas waktu sekolah dia akan tinggal sorang di rumah, bukan setiap hari tapi semasa husband kerja shift siang. Jadi untuk pastikan keadaan dia selamat di rumah, handphone itu adalah keperluan.
Mas cuma isi kredit sebanyak RM5 dan ajar dia cara² nak telefon mama dan babah sahaja. Pastu Mas simpan jugak nombor telefon mak dan ayah saudara dia, ini sebagai alternatif jika dia tak dapat hubungi Mas dan husband.
Sekarang dia dah umur 9 tahun dan masih gunakan handphone yang sama. Alhamdulillah dia tak gunakan kemudahan itu ke arah yang tidak baik, hanya telefon dan sms mama dan babah je. Topup pun Mas yang isikan, tak benarkan dia beli sendiri. Lagi pun Mas tak belikan dia handphone canggih, hanya handphone biasa. Janji boleh sms dan call.
Bagi Mas boleh belikan handphone untuk anak² jika rasa ia satu keperluan yang penting. Dalam masa yang sama sentiasa pantau anak kita menggunakannya, jangan bagi kebebasan sewenang²nya.
biar tak canggih asal dpt kol dan sms...
BalasPadamye betul tu..gunakan untuk kepentingan.kalau dah di ajar macam tu.InsyaAllah akan digunakan ke jalan yang betul.^__^
BalasPadambagus la kalau dipantau kak.
BalasPadamlagipun, awal awal lagi kalau dipantau, nanti anak anak akan paham apa kegunaan handphone ni kak.
Selagi anak2 tak salahguna hp, memang byk kebaikan nya....
BalasPadampink tuuuu...
BalasPadamhehehehe...
sy dapat pakai fon masa form 4.. tu pun sbab sekolah jauh... duk asrama..*padahal masuk asrama xleh pakai fon pun..hahaha..nakal sy ni..*
saya belum belikan anak saya phone lagi, tak taulah bila..setakat ni masih belum nampak keperluannya, tapi akan datang rasanya macam sangat perlu.
BalasPadamkalau dipantau takpe kan kak mas . :) yang risau tu bila tak dipantau langsung. macam2 benda boleh jadi. tp serious sy tak sangka budak fatihah tu boleh plan buat2 diculik... bergeliga betul otak dia.
BalasPadamtak cnggih takpe . asl kan bole cl n msj .. saya sbg pljar pun tak guna yg canggih mane .. :) syukur ..
BalasPadamkalo gunakn utk perkara yg betol xpe..
BalasPadam=)
alhamdulillah..bagusnya akak leh didik anak guna handphone dengan cara yang betul... :)
BalasPadambetol tu kak mas
BalasPadambagi mimi
mang perlu
asal tawu guna
dan ajar yg baik2
so far oklah kan :)