Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 23 Mac 2012

Anak dan handphone

Assalamualaikum...(^ ^)


Baca di blog Namee pasal kisah budak sekolah dan handphone, terus terfikir nak berkongsi kisah anak Mas dengan handphone.

Mas belikan anak sulung handphone seawal umur dia 6 tahun. Awalnya, sebab apa? Sebab masa tu lepas waktu sekolah dia akan tinggal sorang di rumah, bukan setiap hari tapi semasa husband kerja shift siang. Jadi untuk pastikan keadaan dia selamat di rumah, handphone itu adalah keperluan.

Mas cuma isi kredit sebanyak RM5 dan ajar dia cara² nak telefon mama dan babah sahaja. Pastu Mas simpan jugak nombor telefon mak dan ayah saudara dia, ini sebagai alternatif jika dia tak dapat hubungi Mas dan husband.

Sekarang dia dah umur 9 tahun dan masih gunakan handphone yang sama. Alhamdulillah dia tak gunakan kemudahan itu ke arah yang tidak baik, hanya telefon dan sms mama dan babah je. Topup pun Mas yang isikan, tak benarkan dia beli sendiri. Lagi pun Mas tak belikan dia handphone canggih, hanya handphone biasa. Janji boleh sms dan call.  

Bagi Mas boleh belikan handphone untuk anak² jika rasa ia satu keperluan yang penting. Dalam masa yang sama sentiasa pantau anak kita menggunakannya, jangan bagi kebebasan sewenang²nya.

11 ulasan:

  1. biar tak canggih asal dpt kol dan sms...

    BalasPadam
  2. ye betul tu..gunakan untuk kepentingan.kalau dah di ajar macam tu.InsyaAllah akan digunakan ke jalan yang betul.^__^

    BalasPadam
  3. bagus la kalau dipantau kak.
    lagipun, awal awal lagi kalau dipantau, nanti anak anak akan paham apa kegunaan handphone ni kak.

    BalasPadam
  4. Selagi anak2 tak salahguna hp, memang byk kebaikan nya....

    BalasPadam
  5. pink tuuuu...
    hehehehe...
    sy dapat pakai fon masa form 4.. tu pun sbab sekolah jauh... duk asrama..*padahal masuk asrama xleh pakai fon pun..hahaha..nakal sy ni..*

    BalasPadam
  6. saya belum belikan anak saya phone lagi, tak taulah bila..setakat ni masih belum nampak keperluannya, tapi akan datang rasanya macam sangat perlu.

    BalasPadam
  7. kalau dipantau takpe kan kak mas . :) yang risau tu bila tak dipantau langsung. macam2 benda boleh jadi. tp serious sy tak sangka budak fatihah tu boleh plan buat2 diculik... bergeliga betul otak dia.

    BalasPadam
  8. tak cnggih takpe . asl kan bole cl n msj .. saya sbg pljar pun tak guna yg canggih mane .. :) syukur ..

    BalasPadam
  9. kalo gunakn utk perkara yg betol xpe..
    =)

    BalasPadam
  10. alhamdulillah..bagusnya akak leh didik anak guna handphone dengan cara yang betul... :)

    BalasPadam
  11. betol tu kak mas
    bagi mimi
    mang perlu
    asal tawu guna
    dan ajar yg baik2
    so far oklah kan :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com