Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 21 Mac 2012

Berbual dan beri nasihat pada anak

Assalamualaikum...(^ ^)


Sebagai ibu yang berkerjaya ni kadang² memang kita takde masa nak berbual dan beri nasihat pada anak². Petang sampai rumah dah pukul 6, pastu sibuk nak masak, nak mandi, nak basuh baju dan macam² lagi. Bila dah masuk pukul 9 malam anak² dah tidur, jadi memang susah nak luangkan masa.

Tapi semua itu jangan dijadikan alasan, sebagai ibu bapa kita kena bijak mencari masa untuk berbual dan beri nasihat pada anak². Jangan asyik sibuk dengan kerja dan urusan peribadi je. 

Mas bagi contoh diri sendiri. Memang sebelah petang dan malam, Mas takde masa nak berbual² dengan mereka. Balik kerja Mas dah sibuk uruskan kerja rumah, lepas maghrib anak² dah pergi mengaji. Pastu balik mengaji Mas luangkan masa tengok homework mereka, pukul 9 lebih camtu mereka dah masuk tidur.

Jadi Mas ambik masa untuk berbual dan beri nasihat pada mereka semasa perjalanan dari rumah ke sekolah. Masa itulah Mas tanya bagaimana pelajaran di sekolah, ada masalah tak di sekolah dan rumah serta macam² lagi. Masa tu jugak Mas beri sedikit nasihat dan pesanan, Mas rasa itulah masa yang sesuai kerana waktu itu hanya kita dengan anak² sahaja. Pastu waktu pagi minda mereka masih segar jadi mereka mudah terima apa yang kita nasihatkan.

Tak susah kan, kita yang kena bijak menguruskan masa sebenarnya.

15 ulasan:

  1. tapi macam mana dengan anak anak yang balik rumah sendiri kak?.pakai bas ke?..

    pandai kak cari masa.

    BalasPadam
  2. setuju! boleh dicontohi. tapi CK lom kahwin lom ada anak jua...heheheh

    BalasPadam
  3. @Syazwan Che Deraman
    bukan masa balik sekolah wan tapi masa hantar diaorang pergi sekolah!

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...alhamdullilah semoga anak-anak jadi seorang yg mendengar kata ibubapa merekakan..:)

    BalasPadam
  5. heee
    sukelah cara mama
    betol2
    kekadang tak perlu ckp manyak2
    tapi perlu ada setiap hari kan :)

    BalasPadam
  6. tiba2 rasa tak sabar nak ada anak bila baca artikel dalam blog mas hehehe

    BalasPadam
  7. rajinnya nasihatkan anak..bertuah si anak :)

    BalasPadam
  8. info dan teladan yg menarik.sesuai dgn moment gambar kak mas bersama anak tu

    BalasPadam
  9. atok raso itu yang sebaiknya....maso tu hanya anak ngan kito jo kan..insyaAllah terus anak simpan dalam hati...

    BalasPadam
  10. uncle berbual dengan anak dalam twitter... boley?

    BalasPadam
  11. @-gedek!
    boleh je uncle! janji apa yang kita sampaikan berkesan pada mereka..

    BalasPadam
  12. hihihi btul2...sikit sbyk kena luang masa borak ngan anak2

    BalasPadam
  13. Suka dgn cara macam ni.walau sesibuk mana,mesti luangkan masa berbual dgn anak anak.

    BalasPadam
  14. susah juga kan jadi ibu, nak2 yg bekerja macam kak mas ni.time sangat limit..tapi takpela as long as kak mas still ada masa untuk bual...on the way hantar sekolah pun banyak bnda yg boleh dibualkan :)hehe. budak2 ni suka bercerita kan.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com