Assalamualaikum...(^ ^)
Sebagai ibu yang berkerjaya ni kadang² memang kita takde masa nak berbual dan beri nasihat pada anak². Petang sampai rumah dah pukul 6, pastu sibuk nak masak, nak mandi, nak basuh baju dan macam² lagi. Bila dah masuk pukul 9 malam anak² dah tidur, jadi memang susah nak luangkan masa.
Tapi semua itu jangan dijadikan alasan, sebagai ibu bapa kita kena bijak mencari masa untuk berbual dan beri nasihat pada anak². Jangan asyik sibuk dengan kerja dan urusan peribadi je.
Mas bagi contoh diri sendiri. Memang sebelah petang dan malam, Mas takde masa nak berbual² dengan mereka. Balik kerja Mas dah sibuk uruskan kerja rumah, lepas maghrib anak² dah pergi mengaji. Pastu balik mengaji Mas luangkan masa tengok homework mereka, pukul 9 lebih camtu mereka dah masuk tidur.
Jadi Mas ambik masa untuk berbual dan beri nasihat pada mereka semasa perjalanan dari rumah ke sekolah. Masa itulah Mas tanya bagaimana pelajaran di sekolah, ada masalah tak di sekolah dan rumah serta macam² lagi. Masa tu jugak Mas beri sedikit nasihat dan pesanan, Mas rasa itulah masa yang sesuai kerana waktu itu hanya kita dengan anak² sahaja. Pastu waktu pagi minda mereka masih segar jadi mereka mudah terima apa yang kita nasihatkan.
Tak susah kan, kita yang kena bijak menguruskan masa sebenarnya.
tapi macam mana dengan anak anak yang balik rumah sendiri kak?.pakai bas ke?..
BalasPadampandai kak cari masa.
setuju! boleh dicontohi. tapi CK lom kahwin lom ada anak jua...heheheh
BalasPadam@Syazwan Che Deraman
BalasPadambukan masa balik sekolah wan tapi masa hantar diaorang pergi sekolah!
ibu mithali ni :-)
BalasPadamassalamualaikum mas...alhamdullilah semoga anak-anak jadi seorang yg mendengar kata ibubapa merekakan..:)
BalasPadamheee
BalasPadamsukelah cara mama
betol2
kekadang tak perlu ckp manyak2
tapi perlu ada setiap hari kan :)
tiba2 rasa tak sabar nak ada anak bila baca artikel dalam blog mas hehehe
BalasPadamrajinnya nasihatkan anak..bertuah si anak :)
BalasPadaminfo dan teladan yg menarik.sesuai dgn moment gambar kak mas bersama anak tu
BalasPadamatok raso itu yang sebaiknya....maso tu hanya anak ngan kito jo kan..insyaAllah terus anak simpan dalam hati...
BalasPadamuncle berbual dengan anak dalam twitter... boley?
BalasPadam@-gedek!
BalasPadamboleh je uncle! janji apa yang kita sampaikan berkesan pada mereka..
hihihi btul2...sikit sbyk kena luang masa borak ngan anak2
BalasPadamSuka dgn cara macam ni.walau sesibuk mana,mesti luangkan masa berbual dgn anak anak.
BalasPadamsusah juga kan jadi ibu, nak2 yg bekerja macam kak mas ni.time sangat limit..tapi takpela as long as kak mas still ada masa untuk bual...on the way hantar sekolah pun banyak bnda yg boleh dibualkan :)hehe. budak2 ni suka bercerita kan.
BalasPadam