Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 14 Mac 2012

Biar buta mata jangan buta hati

Assalamualaikum...(^ ^)


Orang buta biasanya hati mereka tak buta!

Tapi orang yang celik dan boleh melihat kadang² buta hati, tak boleh nak melihat sesuatu dari aspek yang betul. Asyik semuanya salah di mata mereka.

Kejadian berlaku pada Mas hari Isnin lepas, secara tiba² enjin kereta mati semasa berhenti di lampu isyarat. Mas pun tak pasti masalah apa. Panik jugaklah masa tu, cuba hidupkan enjin tapi tak boleh. Pastu masa tengah panik, orang belakang pulak boleh tekan hon banyak kali. Padahal masa tu Mas dah keluar dari kereta dan angkat tangan minta di ke lorong sebelah.

Tapi mungkin disebabkan dia buta hati kot, tetap jugak nak tekan hon sekuat hati. Sepatutnya dia boleh fikir, tak akanlah orang nak berhentikan kereta mereka di tengah jalan kalau takde masalah kan? Apa salahnya kalau dia keluar dari kereta dan tolong bantu, bukannya tekan hon sekuat hati.

Memang beginilah mentaliti masyarakat kita, mata tak buta tapi buta hati. Cuba letakkan situasi itu berlaku pada dia sendiri, bagaimana dia rasa. Jadi peringatan pada kita semua, kalau melihat sesuatu berlaku di depan mata pandanglah dengan mata hati. Tengok dulu apa yang sebenarnya berlaku, jangan tau nak marah je.

9 ulasan:

  1. TAK TAHULAH KENAPA ORG SUSAH SGT NAK BERBUDI BAHASA.... PLS RESPECT OTHERS KAN?

    BalasPadam
  2. perkara yang selalu rakyat Malaysia lakukan....hmmm

    BalasPadam
  3. sekarang susah nk cari org y berbudi bahasa di jln raya... kdg2 lg terang bersuluh.. pon dia buat xtau..mau truskan keegoan..

    BalasPadam
  4. pantang beno orang hon kete kita bila kita dalam kesusahan ni kak..

    tak ada adab.
    cuba dia ada titempat akak.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...betul tu tahu nak marah je kan x pandang dan buat2 tahu ke bila org dlm kesusahan..:)

    BalasPadam
  6. setuju sangat dengan pandangan akak tu.

    BalasPadam
  7. kesian... sabar ye mas.dunia ini berputar, satu masa nanti kena balik kat die yang memang takde akal tu, baru die tahu langit tinggi ke rendah.

    BalasPadam
  8. orang hati kering..macam tu lah kak. hanya diri dia yg boleh ubah..

    BalasPadam
  9. kadangkala kita sukar memahami hati manusia sedangkan kita adalah manusia.
    Bak kata org, "kamu perempuan, pasti paham hati perempuan lain"
    hurmmmm....btullah, baik buta mata dpd buta hati.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com