Assalamualaikum...(^ ^)
Pertama nak ucapkan takziah pada keluarga arwah adik Nurul Nadirah Abdullah, semoga ibunya tabah menghadapi dugaan yang besar ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Dunia sekarang semakin menakutkan dan manusia jugak semakin kejam. Kalau kes rogol dah takde dah istilah rogol dan tinggalkan di tepi jalan, dah jadi kebiasaan rogol, bunuh dan bakar. Yang paling kejam sekali apabila perkara ini dilakukan terhadap kanak² yang masih kecil. Ya Allah, minta dijauhkan perkara sebegini terjadi kepada anak² kita.
Jadi sebagai seorang ibu Mas nak berpesan pada ibu² di luar sana, sentiasa berwaspada dan mengawasi setiap gerak geri anak kita. Tak kiralah di kawasan berhampiran dengan rumah sekali pun, sebab kita tak tahu waktu bila bahaya itu nak datang. Jangan ingat kawasan rumah kita dah cukup selamat untuk anak² bermain bersendirian.
Jadi sebagai seorang ibu Mas nak berpesan pada ibu² di luar sana, sentiasa berwaspada dan mengawasi setiap gerak geri anak kita. Tak kiralah di kawasan berhampiran dengan rumah sekali pun, sebab kita tak tahu waktu bila bahaya itu nak datang. Jangan ingat kawasan rumah kita dah cukup selamat untuk anak² bermain bersendirian.
Satu perkara yang paling penting, jangan benarkan anak kita ke kedai atau ke mana saja berseorangan. Tak kisahlah kedai tu dekat dengan rumah ke, kalau orang dah berniat jahat dia tak kira di mana saja. Berhampiran dengan kita pun dia boleh buat.
Pantau, pantau dan pantau! Jangan selalu ikut kehendak anak, mereka nak kemana saja jangan biarkan. Biar mereka menangis meraung, yang penting kita sentiasa pastikan keselamatan mereka.
ya betul tu...tapi sangat sedih bila orang ramai memaki hamun pada maknya akibat kelalaiannya didalam FB....
BalasPadamtapi bukan kehendak mak si arwah dirang mahu begitu.
kesiann kan. tak tega saya baca kisah lanjut adik itu.
BalasPadamsemoga roh nya aman atas doa2 org beriman:'(
sedih sekali...
hmmm setuju tu....
BalasPadamsekarang ni manusia di dunia ni makin kejam.! tak berperikemanusiaan langsung....
tabah dan tawakal betul ibu bapa yang membiarkan aje anak-anak mereka pergi ke kedai atau keluar dari rumah berseorangan tanpa memikirkan apa-apa kejadian buruk berlaku pada si anak...harap mereka (ibu bapa) lebih berhati-hati dan berwaspada, kerana-anak-anak dia tak fikir apa pun yang penting seronok dapat keluar bermain dan berjalan-jalan. Al Fatihah pada adik Nurul Nadirah
BalasPadamtakziah ataskeluarganya.. moga jd ingatan untuk kita semua
BalasPadamAl-Fatihah! Sedih dan kesian sangat
BalasPadamsekarang ni poie mano2 pun x selamat...bahayo...baik dok umah yo kan
BalasPadamless humanity....
BalasPadam(sedih)
assalamualaikum mas...betul tu diharap semua ibubapa akan memantau setiap gerak geri anak2 mereka dan moga tiada kejadian yg berlaku pd adik Nurul Nadirah ini berlaku pd kita plak..
BalasPadamp/s awasilah anak2 kita semua...
betul mas. sebagai ibu bapa jangan terlalu memberi kebebasan sangat kepada anak2. mentalaliti semua nak open minded tapi dalam dunia yang makin kejam penghuninya sekarang ni, sebagai ibu bapa kena sentiasa bersama anak anak dan tahu kemana mereka dan dengan siapa. jangan biarkan mereka keseorangan.
BalasPadamkes ni sgt sedih la kak mas. :( al-fatihah :(
BalasPadam