mrs secretary

Ahad, 25 Mac 2012

Cabaran memasak

Assalamualaikum...(^ ^)

Kadang² tengah memasak ni ada jugak dugaan, tanpa dijangka je.

Mas memasak hari ni memang mencabar, pelbagai dugaan datang. Kalau tak sabar dan ikutkan hati memang tak masak dah, beli je kat kedai. Tapi bila fikirkan suami dan anak² terpaksa teruskan jugak.

Cabaran tu takdelah teruk sangat, tapi cabaran camni memang dugaan bagi kita yang tengah memasak. Sebab benda² tersebutlah yang paling penting dalam memasak. Tengah Mas syok memasak tadi tiba² gas habis, memang kacau betullah. Tapi nasib baik husband ada nombor telefon penghantar gas. Cuma berasaplah menunggu orang tu hantar gas ke rumah, ambik masa ½ jam jugak! 

Bila gas sampai baru lega, terus sambung masak seperti biasa. Pastu lagi sekali diduga bila tengah masak nasi tiba² periuk nasi rosak, terus tak boleh on. Terbantut terus nasi Mas yang tengah dimasak, terpaksalah sambung masak kat dapur gas. Memang mencabar betul dugaan memasak hari ni!

Tapi walau ada cabaran, berjaya jugak siapkan masakan untuk suami dan anak². Inilah menu yang penuh cabaran hari ini, Daging Goreng Bercili, Nenas Cincang Berlada dan Ikan Bilis Tumis Lada Kicap. Berselera mereka makan, hehehee!


13 ulasan:

  1. sedapnye daging goreng berlada tu kak...yummy... :)

    BalasPadam
  2. tu lah kan..kdg2 ade je dugaan yang datang masa nak memasak ni..tu xde ini xde..tapi dalam ade cabaran tu siap jugak kan..btw,sambal ikan bilis tu favourite fiza tu..sedap!

    BalasPadam
  3. CM pun pernah hadapi situasi yang sama, buat kek, sekali oven mengong, temperature tak leh nak kawal, siap2 set 175, tiba2 dia naik sendirik sampai 225!!!...dan akhirnya, kek ku dengan tin rupa sama (tin kaler hitam)..huhu...

    BalasPadam
  4. tp akk dh hadapi cbran tu dgn jayanye!
    yea! dpt gak family akk mkn..
    =)

    BalasPadam
  5. macam sedap je.. rindu pula masakan mama ena :)

    BalasPadam
  6. asalamualaikum mas...ahniah mas walaupun ada dugaannya tapi dapat juga disiapkn juadah tu mengikut masa n semua sekeluarga dpt makan dgn seleranya...:)

    BalasPadam
  7. Kalau kita sabar memang baik kesudahannya kan? Daging cli tu takleh tahan....

    BalasPadam
  8. heeee
    ini mmbuktikan kak masss mang ibu yang kuat semangattt! :)

    BalasPadam
  9. memang kalau tgh2 masak gas abis terus rasa hilang mood sementara nak tggu gas smpai.. silap2 menu boleh bertukar saat akhir tu. kekkekeke

    BalasPadam
  10. masa makan mesti rasa best. pasal berjaya habiskan masakkan akak tu...

    BalasPadam
  11. amboi... byk cabaran pun masakannya menggoda juga. nyaris mas penyabar.. kalau kak liza ni entah le.

    BalasPadam
  12. kak mas punyer lauk tetap mengancam jiwa walaupun ada cabaran hehehe...

    dah lama tak makan goreng cili tu hukhukhuk...

    sayang kamu kakak ;)

    BalasPadam
  13. aaaa, sy tak reti masak.sedih betul bila tgk org lain boleh masak:(

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com