Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 19 Mac 2012

Cinta bukannya memiliki

Assalamualaikum...(^ ^)


Cinta bukannya memiliki kerana cinta dan keinginan untuk memiliki adalah tidak sama. Keinginan untuk memiliki menjadikan diri kita seorang yang obsesi, obses terhadap diri yang kita cintai itu sehingga kita tidak boleh menerima seandainya dia tidak menjadi milik kita.

Obsesi itu jugak membuatkan kita berasa benci saat tidak dapat memiliki, waktu itu kita telah lupa bahawa Allah adalah pemilik segalanya. Kerana obses dan perasaan ingin memiliki cinta itu kita tidak dapat menerima qada dan qadar serta segala ketentuan. Kita lupa bahawa cinta itu bukan milik kita tetapi milik Allah. Allah mempunyai hak untuk memberi dan hakNya jugak untuk mengambil kembali apa yang kita miliki kerana itu adalah milikNya.

Ingatlah, cinta itu anugerah dari Allah yang menjadikan kita redha dengan ketentuanNya. Seandainya kita redha kita akan sedar bahawa cinta bukan memiliki tetapi satu anugerah, saat kita sedar pasti keindahan cinta itu dapat dirasai. Kita akan bersyukur seandainya cinta itu menjadi milik kita yang abadi, dan kita akan pasrah seandainya cinta itu tidak dapat dimiliki.

Jadilah insan yang kenal erti cinta, bukannya insan yang obses terhadap cinta!

14 ulasan:

  1. :) betul tu....

    p/s: saya kurang arif ttg cinta

    BalasPadam
  2. masih menunggu chenta hati muncul dalam hidup...^^

    BalasPadam
  3. thanks kak :)

    cinta x seharusnya memiliki.
    tp cinta Allah adalah cinta abadi :)

    BalasPadam
  4. belajar dr pengalaman kak... Suatu masa dulu..pernah merasakan begitu jatuh dan lemah diri ini kerana tidak dpt memiliki cintanya. Namun, masa mengajar manusia..

    BalasPadam
  5. Obses nak memiliki ni kalau disangka cinta, bahaya... Tempiasnya menakutkan...

    BalasPadam
  6. jadilah diri dlm obses yg terkawal semasa mengenali anugerah cinta dr Allah kan kak? :)

    BalasPadam
  7. cinta kpada yg 1 lbey indah..:)

    BalasPadam
  8. aah kak..cinte x semestinye memiliki..
    tapi kite boleh miliki cinte itu kalau betul2 utk kite :)

    BalasPadam
  9. atok setuju...cinta itu tak semestinya memiliki....cinta itu lebih bermakna kalau lihat orang yang kita cintai itu bahagia bersama insan yang dicintainya...

    BalasPadam
  10. assalamualaikum mas..betul tu cinta anugerah dari Allah dan kita haruslah pasrah dgn ketentuanNYA..:)

    BalasPadam
  11. Cinta bukan pada lafaz tapi mekar di dalam hati.

    BalasPadam
  12. cinta tu...kita redha untuk kebhagiaan untuk org yg kita cinta :) kalau tak miliki pun, kita akan terus doakan yg terbaek kan :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com