mrs secretary

Khamis, 22 Mac 2012

Dah agak dah!

Assalamualaikum...(^ ^)


Hari tu gempar kata hilang, ni gempar kata lari dari rumah pulak.

Sebenarnya mula² dengar pasal kes penculikan ni Mas dah agak, rasa macam penculikan dia senang sangat. Tak akanlah takde langsung orang nak bantu masa dia kena culik. Tapi Mas ada jugak kongsi cerita kes tu atas dasar prihatin dan sekadar beri pendapat.

Remaja ni lupa agaknya yang mereka akan jadi ibu jugak. Bagaimana perasaan mereka kalau anak mereka sendiri buat begitu, tentu akan rasa sedih kan? Ibu marah, ibu berleter dan ibu mengongkong itu adalah perkara normal. Ada sebabnya dia buat begitu, bukannya dia tak sayang!

Arwah mak Mas dulu, lagi garang dan kuat berleter. Kalau ikutkan tak suka dan nak memberontak memang perasaan tu ada, tapi Mas fikir mungkin mak marah dan berleter sebab kita buat salah. Jadi apa salahnya kalau kita perbetulkan dulu kesalahan diri sebelum nak memberontak tak tentu pasal, fikir dulu baik buruknya.

Jadi ingat ibu bapa sebelum nak buat sesuatu, jangan ikutkan hati dan perasaan. Kasihanilah pada mereka yang risau akan keselamatan kita.

13 ulasan:

  1. kita pun dh agak dr awal lg bukan kes culik tp mesti lari ikut boipren sbb tu kita malas nak share kt FB.. tup2 memang betul pun

    BalasPadam
  2. Memang pun, rasa geram sangat kan pasal kes remaja ni..mudah2an dia cepat sedar.

    BalasPadam
  3. masa keluar berita tu, suami pun cakap mesti kes lari ikut bf..betul pun.

    BalasPadam
  4. perkara biasalah ibu mengawal apa yang kita buat sebab kita masih lagi dalam penjagaan ibu bapa.Tapi kenapa remaja mudah berfikir jln singkat.mudah memberontak tanpa fikir baik buruknya.penat ibu bapa didik dan beri segalanya.kenapa perlu dibalas begitu...seriusly sedih dengan tindakan remaja macam ni.-_-

    BalasPadam
  5. kesian kat parents die lah, tanggung malu

    BalasPadam
  6. Yang siboipren dgn kawan2 boipren yg bersekongkol bersubahat itu apa cerita plak. Nak kena basuh dak pempuan nih. Syurga di bawah telapak kaki ibu... taknak jumpa sesaper tak nak jumpa ibu.... malu kot...dah salah besar..elok balik ngaji betul2 . Tanpa ibu takkan dapat anda mlihat bulan dan matahari...

    BalasPadam
  7. Ha ah gerammmm betul, sajer bikin gempaq kn?? Ingt culik ni kes mainw kn. haihh apa pun sian parent her..

    BalasPadam
  8. bila mak marah kita itu namanya sayang, bila mak dah buat tak peduli tu maknanya mak dah benci...

    BalasPadam
  9. As salam Mas,

    Hangat betul topik nikan... Itulahkan budak skrg sgt berani buat keputusan sehingga tak memikir akibat & bahananya... Nauzubillah....

    First time sy baca 'remaja wanita' biasa sebut remaja perempuan..hehehe...gurau ye mas ;)

    Sy da like FB kamu, maybe kamu boleh like FB sy pula... sy bkn sapa2 pun but maybe we can share something someday! :)

    BalasPadam
  10. kadang2 macam tu lah anak gadis kita...mudah sangat hanyut...esok dah membunting, anak dah ramai baru tahu serik ikut kekasih...

    BalasPadam
  11. skrg bila mak ada, mak sayang, mak marah, mak membebel, lari rumah..sok-sok nanti bila mak dah tak sayang, tak hirau kat kita, tak nak cakap apape n nasihat kat kita , bila mak dah takde baru rasa menyesal....hmm...

    BalasPadam
  12. bg saya, anak dia ni bodoh. maaf saya cakap kasar. tp seriously bodoh. org ramai risaukan dia dan mak ayah dia dah menangis risau. rupanya dia ikut bf ?? :'( apa laaa..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com