Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 17 Mac 2012

Duduk antara dua sujud

Assalamualaikum...(^ ^)


Dah lama Mas terfikir pasal pekara ni, jadi Mas nak berkongsi untuk manfaat kita bersama. Mungkin anda seperti Mas yang tak tahu dan tak sedar tentang perkara ini, sebab selalu tengok orang duduk antara dua sujud dengan cara yang berlainan. Tapi Mas pulak duduk cara seperti dalam gambar, jadi terfikir dan terus terfikir nak buat sedikit research mengenai duduk antara dua sujud ni.

Cara duduk ini adalah perkara sunat dalam solat iaitu sunat Hai'ah, mereka yang tertinggal sunat Hai'ah tidak perlu sujud sahwi seperti mereka yang tertinggal sunat Ab'adh. Tetapi walaupun sunat, bagus kalau kita ikut kan? Kerana dengan mengikutinya solat kita sentiasa tertib dan terpelihara.

Info yang Mas dapat dari sini.
Duduk antara dua sujud secara ifitrasi maknanya : Melipat kaki kiri, renggangkan dan duduk di atasnya, tegakkan telapak kaki kanan dan hujung jarinya menghadap kiblat. 

Daripada Aisyah, katanya..
"Nabi SAW menghamparkan kaki kirinya dan menegakkan telapak kanannya." (Bukhari dan Muslim)

Daripada Ibnu Umar, katanya..
"Di antara sunat shalat ialah menegakkan telapak kaki kanan dan menghadapkan jari-jemari ke arah kiblat, serta duduk di atas kaki kiri." (Nasa'i)

Daripada Abu Humeid, menerangkan shalat Rasulullah SAW..
"Kemudian dilipatkan kaki kiri dan di duduknya, kemudian ia bangkit sehingga setiap tulang kembali ke tempatnya, dan selepas itu ia jatuh ke lantai melakukan sujud." (Ahmad, Sunan Abu Daud & Tirmidzi)

5 ulasan:

  1. ^_____^

    alhamdulillah
    bagus la entri ni kak
    at least org yg x taw akan taw
    cm saya!
    heee

    maseh kak
    tapi kaki mie dh x leh lipat cm tu
    sebb dh penat patah
    sob3 :(

    BalasPadam
  2. hal ni serius mas tapi ramai yg ambil mudah.. asal duduk je. bagus sharing..

    BalasPadam
  3. walaupun sekecil ilmu yg dikongsikan, tapi amat besar maknanya untuk kami semua

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...sungguh bermakna n3 ni moga dpt panduan pd semua...:)

    BalasPadam
  5. akak...terima kasih untuk entry ni!! :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com