Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 3 Mac 2012

Galakkan anak bersekolah

Assalamualaikum...(^ ^)


Hari ini anak Mas bersekolah, ganti untuk cuti Tahun Baru Cina hari tu. Jadi semalam terjadi sedikit perbualan pasal nak pergi sekolah hari Sabtu ni.

Atikah : Mama, esok kalau tak sekolah pun takpe!

Mama : Kenapa pulak?

Atikah : Ramai kawan kakak tak sekolah. Katanya mak mereka cakap tak perlu pergi sekolah hari Sabtu ni, biasanya kalau ganti ni tak belajar.

Mama : Mana mak mereka tahu tak belajar, kalau pergi sekolah mesti belajar kan? Tak kira ganti ke atau sekolah pada hari biasa. Mama nak kakak pergi sekolah, nanti ketinggalan dalam pelajaran pulak.

Atikah : Ok mama! Nanti kakak lebih pandai dari diaorang yang malas ke sekolah tu kan?

Ada ke mak ayah cakap camtu kat anak², sepatutnya mereka lebih galakkan anak² pergi ke sekolah walaupun hari ganti. Belajar atau tidak itu urusan mereka di sekolah, yang penting galakan kita tu. Kalau asyik suruh anak tak perlu pergi sekolah jika kena ganti hari Sabtu, lama kelamaan anak tu akan jadi malas dan tak berminat nak ke sekolah.

Bagi Mas dari umur anak² masih muda kita kena beri galakan untuk mereka minat ke sekolah, supaya bila dah meningkat dewasa tak akan jadi masalah anak ponteng sekolah. Ibu bapa pulak kalau nak berikan galakan tu biarlah pada perkara yang betul.

8 ulasan:

  1. Betul tu..Akak setuju ngan Mas..perkara baik buat apa kita nak confused kan budak2 kan..

    Kalau dah pandai ponteng nanti baru nk marah2..?

    BalasPadam
  2. alolo comeinyeeeee anak akk ni
    aa kne didik budak2 ni rjin g skolah wlwpun skolah gnti.sure ade je activity..and msti ada bljr lwpun sikit..

    BalasPadam
  3. hurm betul gak

    adek ifah xg pon xde

    BalasPadam
  4. @ariana
    itulah, orang lagi nak galakkan anak sekolah bukannya nak galakkan anak ponteng sekolah..

    BalasPadam
  5. @アヌムちゃん
    itulah kan, biasanya sekolah mesti akan adakan aktiviti kalau tak belajar..

    BalasPadam
  6. @Iffah Afeefah
    betul kan? anak2 akak memang akak galakkan diaorang pergi..

    BalasPadam
  7. kadang2 ibubapa yg lebih sebab malas nak hantar anak gi sekolah kikiki

    BalasPadam
  8. kak mas macam mama saya. hehe. jangan harap lah kalau nk ponteng walau kt sekolah tak belajar. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com