mrs secretary

Isnin, 5 Mac 2012

Hati² terhutang budi

Assalamualaikum...(^ ^)


Dalam pantun dulu² jelas dah diperkatakan, hutang budi dibawa mati. Tapi bagi Mas itu zaman dulu², setiap orang yang berbudi pasti budinya akan dikenang sehingga mati. Bagi mereka budi yang ditabur itu merupakan satu perkara yang tak ternilai.

Tapi ada lagi ke amalan hutang budi dibawa mati ni, hutang budi tergadai body ada lah. Jadi zaman sekarang kena lebih berhati² kalau nak terhutang budi, terutamanya untuk kaum wanita. Biasanya budi yang kita terima mestilah harapkan sesuatu sebagai balasan dan balasan itu lebih kepada maruah diri wanita itu. Jadi memang susah kalau terhutang budi dengan orang yang harap balasan sebegini.

Tidak salah terhutang budi tapi biarlah kena dengan caranya. Pastikan si penabur budi itu tidak letakkan apa² syarat atau tetapkan sesuatu sebagai balasan dan pastikan jugak kita kenal dengan siapa kita harapkan pertolongan itu. Takut nanti kita tak terbalas budinya itu, dan lagi susah kalau balasan itu diluar batas kemampuan kita.

Jadi kena ubah sikitlah pantun di atas tu untuk entri ini.

"Pisang emas dibawa berlari
Masak sebiji di atas peti
Hati-hati terhutang budi
Takut nanti tergadai body"

7 ulasan:

  1. betul tu kak..bukan senang nak dapat pertolongan yang betul-betul ikhlas..

    BalasPadam
  2. salam diberi pembuka kata
    salam pertama baru bersua
    ziarah kami melihat cerita
    ziarah yang sama untuk semua

    BalasPadam
  3. betul..betul...betul...
    (dgn nada upin dan ipin)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...yer la pantun tu dah x boleh guna pakai lg kan...heehehe hati2 yer takut nanti body plak yg tergadai...:)

    BalasPadam
  5. Yang menolong kene tolong dgn ikhlas dan yang dapat pertolongan itu terima seadanya.^__^

    BalasPadam
  6. tapi zaman skang ni kalau hutang budi..orang nak duit sebagai balasan. :B taktau siapa yg ikhlas...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com