mrs secretary

Selasa, 6 Mac 2012

Janganlah cakap 'tak tahu'

Assalamualaikum...(^ ^)


Biasanya kalau bertanyakan sesuatu, mesti kita nak jawapan yang memuaskan hati. Walaupun ada kalanya jawapan itu kurang tepat tapi sedikit sebanyak ia membantu. Cuma yang menyakitkan hati bila bertanya, jawapan diberikan ialah 'tak tahu'. Rasa nak marah kan, seolah² pertanyaan kita tak dihargai.

Terjadi pada Mas semalam masa beli barang kat sebuah pasaraya, Mas cari mandian Baby Johnson tapi dah pusing 2-3 kali masih tak jumpa kat mana letaknya. Jadi Mas terus tanya dengan seorang promoter, boleh pulak dia jawap camni. "Tak tahulah kak, akak carilah kat sebelah sana!"

Senangnya jawapan dia!

Mas geram sangat. Kita tanya elok², boleh pulak dia jawap tak tahu. Terus Mas cakap dengan dia, "Tak kan awak tak tahu, awak kan kerja kat sini. Kalau saya jumpa barang tu, saya tak tanya awak. Dah 2-3 kali saya pusing, tapi tak jumpa jugak!"

Mas pun terus berlalu dan tanya promoter lain, nasib baiklah promoter tu dapat membantu. Sepatutnya promoter tu jangan cakap tak tahu kalau orang bertanya. Seharusnya dia berusaha membantu dan kalau sememangnya dia tak tahu, apa salahnya minta promoter yang lain bantu kita. Janganlah biar pelanggan terkial² sendiri nak cari barang. 

Mas pun akan berpuas hati sebab dia dah cuba untuk membantu.

12 ulasan:

  1. hari kena dekat tesco..tanya minyak rambut himalaya. dia kata tak ada..saya pun x puas hati..pusing lagi..jumpa akhirnya..geram betul dengan promoter tu..malas nak cari, terus cakap tak ada..

    BalasPadam
  2. jawapan standard bila org atasan tnya, tapi kita tak tahu,,..

    oh yg tu saya tak pasti.. nanti saya check balik.. *jawpan lepaskan diri*

    BalasPadam
  3. sape pun geram kalau dgr jawab mcm tu..Nampak sgt malas nya dan kasar bunyinya..

    Teringat pulak..Suami akak pantang kalau dgr ank2 jwb tak tau bila akak atau dia bertanya sesuatu kat anak2....Skrg dorang dah faham..x kan jawab " tak tau lagi.." hehe

    BalasPadam
  4. eh seorang promoter tak patut jawab tak tahu tau.diorang mmg kena amik tahu setiap lokasi barang dlm kedai@ mall yg diorang kerja...manager mana manager?haha

    BalasPadam
  5. banyak kali juga hadapi situasi mcm ni.. kalu itu pun xleh bantu, baik jgn keje situ kan..

    BalasPadam
  6. diorang ni malas sebenarnya nk tlg carikan..

    BalasPadam
  7. ade kes tertentu sy blh trma jwpn x tahu hehehe

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mas...itu tandanya dah malas nak buat kerja la....kita tanya elok2 mcm tu plak jawabnya kalau akak pun mesti bengang nye...:)

    BalasPadam
  9. :)

    cakap kurang pasti lebih bermakna daripada cakap tak tahu

    BalasPadam
  10. saya pun sakit hati kalau promoter jawab tak tahu...tempat kerja dia,dia boleh jawab tak tahu..
    aih..

    BalasPadam
  11. kalau dapat respond tak tahu tu macam org tu tak semangat nak tlong kita pun. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com