Assalamualaikum...(^ ^)
Lepas buat pemeriksaan kesihatan minggu lepas, rasa seram pulak tengok berat badan sendiri. Jadi terus ambik keputusan untuk senaman sikit dengan kayuh basikal. Mula² cadang nak pergi Taman Botani tapi waktu sewa basikal di situ hanya sampai pukul 4.30 petang, terus terbatal niat. Hampa jugaklah, tak dapat nak berbasikal.
Tapi nasib menyebelahi Mas, kawan beritahu di Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM ada sediakan basikal untuk aktiviti berbasikal. Apa lagi terus tempah dan tepat jam 5.30 petang kami ambik basikal dan mulakan kayuhan. Sangat seronok, kayuh kat tepi tasik. Sejam jugak kami ambil masa kayuh pergi dan balik sepanjang tasik. Walaupun penat, tapi badan rasa segar sikit sebab dapat keluarkan peluh.
Selepas ni aktiviti kayuh basikal akan jadi aktiviti wajib setiap minggu, mungkin 2-3 kali seminggu. Bukannya apa badan kita ni kalau tak senaman langsung, rasa berat kan? Bila dapat keluarkan peluh walau hanya bersenam selama 30 minit, itu dah cukup berbaloi. Kalau nak ikutkan takde masa, memang kita selalu bagi alasan. Tapi kena pandai cari masa, demi kesihatan tubuh badan sendiri.
Esok Mas kayuh basikal lagi, selang sehari.
bestnye ada xtvt riadah camni ;)
BalasPadammacam dah lama tak kayuh beskal..last masa belajar kt perak dulu je hehehe..rindunyer nak kayuh beskal!
bestnya dpt cycling... lama dah rasanya tak cycling...
BalasPadambest dapat naik basikal..daripada joging, saya prefer naik basikal..hehe
BalasPadamnak ikut kak mas!
BalasPadamjom!! kalau jadi esok jam 5.30 petang di depan E10...hehehee
Padamjgn hangat2 sekejap je mas.. he..he..
BalasPadaminsyallah kak, tak akan hangat2 camtu! selagi badan ni termampu saya akan cuba sedaya upaya..
Padamkalau kak liza ni memang hangat2 je. lepas tu mula jemu. adoii.. bila nak insaf gamaknya.
Padamassalamualaikum mas...wah bestnya sambil mengayuh basikal menghirup udara segar dapat juga menyehatkan diri skali...:)
BalasPadammas........
BalasPadamayu berbasikal hari2 sehari pasti kn dapat 8km..
maju2 ... majuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
mas boleh
wah! cayalah ayu..
Padamsaya ni tiap2 hari tak boleh sbb kalau husband kerja saya kena uruskan anak2! time dia off je saya curi masa... lagipun satu lagi takde basikal sendiri, tu yang susah!
lepas ni mmg cadang nak beli basikal sendiri! hehehee
ha bru nak tgur, nape tak pakai sport shoes? haha
BalasPadamFiza ni basikal ade kat rumah,takde geng nak berbasikal round taman ni..tu yg dok umah je hadap lappy..pastu siapkan order design..bersenam pun tak sangat hanya buat kerja rumah je la..baguslah tu kak,amalkan gaya hidup sihat.amalkan selalu ye..
BalasPadamaslmkum...1st time dtg blog ni..salam kenal
BalasPadamdah lama x berbasikal...hihi...
bagus kak.....sentiasa bersenam lah demi kesihatan.
BalasPadamseronoknya kak mas !! dah lama tak cycling !!
BalasPadam