Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 27 Mac 2012

Jom kayuh basikal!

Assalamualaikum...(^ ^)


Lepas buat pemeriksaan kesihatan minggu lepas, rasa seram pulak tengok berat badan sendiri. Jadi terus ambik keputusan untuk senaman sikit dengan kayuh basikal. Mula² cadang nak pergi Taman Botani tapi waktu sewa basikal di situ hanya sampai pukul 4.30 petang, terus terbatal niat. Hampa jugaklah, tak dapat nak berbasikal.

Tapi nasib menyebelahi Mas, kawan beritahu di Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM ada sediakan basikal untuk aktiviti berbasikal. Apa lagi terus tempah dan tepat jam 5.30 petang kami ambik basikal dan mulakan kayuhan. Sangat seronok, kayuh kat tepi tasik. Sejam jugak kami ambil masa kayuh pergi dan balik sepanjang tasik. Walaupun penat, tapi badan rasa segar sikit sebab dapat keluarkan peluh.

Selepas ni aktiviti kayuh basikal akan jadi aktiviti wajib setiap minggu, mungkin 2-3 kali seminggu. Bukannya apa badan kita ni kalau tak senaman langsung, rasa berat kan? Bila dapat keluarkan peluh walau hanya bersenam selama 30 minit, itu dah cukup berbaloi. Kalau nak ikutkan takde masa, memang kita selalu bagi alasan. Tapi kena pandai cari masa, demi kesihatan tubuh badan sendiri.

Esok Mas kayuh basikal lagi, selang sehari.


16 ulasan:

  1. bestnye ada xtvt riadah camni ;)
    macam dah lama tak kayuh beskal..last masa belajar kt perak dulu je hehehe..rindunyer nak kayuh beskal!

    BalasPadam
  2. bestnya dpt cycling... lama dah rasanya tak cycling...

    BalasPadam
  3. best dapat naik basikal..daripada joging, saya prefer naik basikal..hehe

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. jom!! kalau jadi esok jam 5.30 petang di depan E10...hehehee

      Padam
  5. jgn hangat2 sekejap je mas.. he..he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah kak, tak akan hangat2 camtu! selagi badan ni termampu saya akan cuba sedaya upaya..

      Padam
    2. kalau kak liza ni memang hangat2 je. lepas tu mula jemu. adoii.. bila nak insaf gamaknya.

      Padam
  6. assalamualaikum mas...wah bestnya sambil mengayuh basikal menghirup udara segar dapat juga menyehatkan diri skali...:)

    BalasPadam
  7. mas........
    ayu berbasikal hari2 sehari pasti kn dapat 8km..
    maju2 ... majuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
    mas boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah! cayalah ayu..
      saya ni tiap2 hari tak boleh sbb kalau husband kerja saya kena uruskan anak2! time dia off je saya curi masa... lagipun satu lagi takde basikal sendiri, tu yang susah!

      lepas ni mmg cadang nak beli basikal sendiri! hehehee

      Padam
  8. ha bru nak tgur, nape tak pakai sport shoes? haha

    BalasPadam
  9. Fiza ni basikal ade kat rumah,takde geng nak berbasikal round taman ni..tu yg dok umah je hadap lappy..pastu siapkan order design..bersenam pun tak sangat hanya buat kerja rumah je la..baguslah tu kak,amalkan gaya hidup sihat.amalkan selalu ye..

    BalasPadam
  10. aslmkum...1st time dtg blog ni..salam kenal

    dah lama x berbasikal...hihi...

    BalasPadam
  11. bagus kak.....sentiasa bersenam lah demi kesihatan.

    BalasPadam
  12. seronoknya kak mas !! dah lama tak cycling !!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com