Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 2 Mac 2012

Kuantiti atau kualiti

Assalamualaikum...(^ ^)


Kadang² Mas cemburu tengok blogger yang banyak idea untuk update blog. Yang paling bagus entri mereka tak kosong, semuanya sampai ke hati pembaca dan ada mesej yang disampaikan. Dahlah kuantiti entrinya banyak pastu berkualiti.

Tak kisah kalau entri kita banyak mana sekali pun, janji ada isi dan ada kualiti. Walaupun hanya entri tentang kehidupan seharian kita, tapi selitkan sedikit mesej supaya pembaca dapat sedikit manfaat darinya. Jangan asyik nak kejar kuantiti sampai kualiti diabaikan.

Sama jugak kalau kita hanya update satu entri sehari tapi entri tersebut kualitinya sangat bagus, pasti beratus² pembaca akan masuk ke blog kita dan baca entri tu. Cuba baca blog mynameisnamee, tulisan Namee. Dia memang jarang update, biasanya satu hari satu entri. Tapi setiap entrinya ada mesej, ada isi, ada kualiti dan sampai ke hati pembaca. Tak jemu baca!

Jadi dalam menulis entri pastikan kita kekalkan kualiti. Jangan pedulikan kuantitinya, banyak ke sikit ke tapi kalau kualitinya nombor satu pasti ada pembaca akan selalu baca blog kita.

Biar sikit kuantiti tapi banyak kualiti.

9 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...sokong tu..:)

    BalasPadam
  2. namee peram idea tu.
    hehehe.

    eh, dia kumpul idea.

    BalasPadam
  3. ya kualiti itu lah yg kita cari....
    tapi mmg susah nak yg betul2 kualiti

    BalasPadam
  4. time ada idea..boleh terus draftkan..ada masa boleh tambahkan ramuan biar sedap baca..tapi kalau time langsung tak tahu apa nak tulis...blank...je...baca blog orang je lah..itu sayalah..saya pun kadang2 tertanya2..banyak tul idea orang yang update blog hari2 ni...

    BalasPadam
  5. betul la apa yang di perkatakan itu, kita mesti lah jaga kualiti entry itu, dan bukannya kuantiti entry itu, ini lah yng selalu membuat kan saya untuk update entry dalam blog saya...so sama2 kita praktis ke arah entry yang lebih berkualiti

    BalasPadam
  6. @maszull
    terima kasih kak kerana menyokong!

    BalasPadam
  7. mementingkan kualiti kdg2

    kadang kauntiti pon taram jugak

    BalasPadam
  8. Terbaik!! No. 1! Hehehe Sokong 100 per sen.

    BalasPadam
  9. hehe, em bg saya kualiti lah penting. tp kualiti tu yg sukar nk cari tu. hehe. saya pun takdela kualitit sgt kak mas. tulis free think...kadang2 takde faedah. sekadar bacaan santai je. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com