Terkini dan Sensasi

Sabtu, 24 Mac 2012

Makan malam menggemukkan?

Assalamualaikum...(^ ^)


Mesti ramai dari kita yang berfikiran bahawa makan pada waktu malam boleh menggemukkan, Mas pun ada berfikiran sebegitu. Tapi semalam Mas ada pergi pemeriksaan kesihatan yang dibuat di pejabat, dan Mas diberitahu yang makan pada waktu malam itu tidak menggemukkan. Asalkan kita makan dengan cara yang betul.

Kalau tak makan malam ia akan buat kita tidur dalam keadaan yang lapar, bila bangun keesokkan hari pasti kita tak sabar nak makan kan? Jadi ia akan galakkan kita makan dengan kuantiti yang banyak semasa sarapan. Maklumlah satu malam tak makan, perut memang lapar gila!

Jadi seeloknya pada sebelah malam kita makan, menu yang sesuai ialah satu senduk nasi dengan sayur yang banyak dan seketul ayam atau seekor ikan. Pelbagai jenis mee pun boleh, lebih kurang semangkuk sukatannya. Atau 2 keping roti dan segelas susu. Makanlah pada waktu awal malam antara jam 7-8 malam.

Tapi elakkan makan pada lewat malam. Kalau rasa lapar jugak, minum segelas susu atau makan sebiji buah. Asalkan boleh alas perut sehingga ke sarapan pagi. Pastu jangan makan fast food pulak pada waktu malam, itu memang tak sihat dan tak membantu kita untuk diet secara seimbang.

Selepas ni kita jangan tak makan malam, kita ambil makanan yang seimbang.

7 ulasan:

  1. Biasanya memang makan malam awal.tapi bile dah tidur lambat,mulalah perut lapar malam malam tu.makan buah memang baik kalau lapar.

    BalasPadam
  2. memang...jangan sesekali tidur dalam keadaan perut kosong..kalau berbunyi2 tu bahaya..sebab asid pencerna makanan tu nk bkerja, tp xada ape yg dia nk proses sebab perut kosong..sudahnya dinding perut pun boleh terhakis..bahaya..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...itulah yg sepatutnya kita lakukan bukan x makan terus kan...kalau nak diet pun perut u kena juga isi walaupun sedikit...:)

    BalasPadam
  4. btol tu kak

    makan bia seimbang

    BalasPadam
  5. selama ni mmg amat takut makan malam, tapi bila lapar... peduli apa kan? ahaha

    biasa ita suka ambik roti atau biskut kering je cicah air milo klu berjaga sampai lewat malam buat kuih tu kompom lapar...

    BalasPadam
  6. bagi saya....kalao lapar makan. hahaha.

    ok.mmg makan malam membawa pd kegemukkan kerana tenaga yg terhasil slps makan tak tahu nak kemana. melainkan kalau kita ada sambung buat kerja2 berat sampai ke pagi...

    ala...makan pastu bersenam mgkn boleh elakkan masalah kegemukkkan nie.

    BalasPadam
  7. org kata jgn makan selepas pukul 7 !!!wuuu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com