Assalamualaikum...(^ ^)
Perbualan dengan anak² semasa dalam perjalanan ke sekolah boleh memberikan kesan yang mendalam pada kita dan mereka. Masa itulah mereka nak berkongsi apa yang mereka pelajari di sekolah. Ini perbualan Mas dengan Arfan pagi tadi.
Arfan : Mama tahu tak, kalau nak masuk tandas kita kena langkah kaki kiri dulu.
Mas : Oooo ye ke? Mana Arfan tahu ni.
Arfan : Belajar kat sekolahlah. Mama ingat tau, kalau nak masuk tandas langkah kaki kiri. Pastu kalau nak keluar tandas langkah kaki kanan.
Mas : Ok, mama akan ingat. Arfan pun kena ingat jugak.
Arfan : Mestilah ingat, kan Arfan dah belajar.
Tengok, kadang² perkara remeh temeh camni kita selalu lupa kan? Bila sesekali anak² bercerita pada kita apa yang mereka belajar di sekolah baru kita terfikir. Rupanya selama ni kita masuk tandas main langkah je, tak kisah kaki kanan ke kiri.
Sebab itulah, antara kita dan anak² kena ada "give and take". Apa saja kebaikan yang mereka belajar elok dimanfaatkan bersama².
wah bagusnya
BalasPadamnaz masuk tandas lompat biasanya haha. bijak anak emak seorang ni
BalasPadammmg bagus anak2 kecik dh tau psl sunnah nabi
BalasPadamassalamualaikum mas...bagusnya dr anak2 kita dpt mengingatinya kembalikan...:)
BalasPadamsetuju, tepat sekali! kena bagi perhatian bila anak2 nak tunjuk skill, baru diorang membesar jadi yakin!
BalasPadamsalam perkenalan dari saya :)
BalasPadamkalau dah belajar..kenelah pratikkan..baguslah arfan ni.
BalasPadamcomel Arfan .hehe.em budak kecik ni cepat belajar dan ingat. diorang pula yang ingatkan kita. :)
BalasPadam