Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 17 Mac 2012

Memasak ni mudah

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini Mas cuba masak menu baru lagi, memang tak pernah masak pun sebelum ni. Macam biasalah rujukan Mas kalau nak masak ialah kakak ataupun blog DTS.

Semalam masa pergi beli bahan basah kat pasar malam Putrajaya ternampak ikan tongkol, teringin pulak nak masak Gulai Ikan Tongkol seperti yang makan dengan nasi dagang tu. Terus beli seekor ikan tongkol sederhana dengan harga RM5, murah betul. Ikan tongkol Mas beli ni jenis lembut.

Sebenarnya memasak ni mudah je, yang penting kita berani mencuba. Kalau tak jadi jangan putus asa, lain kali cuba lagi. Alhamdulillah, Gulai Ikan Tongkol yang Mas cuba masak menjadi jugak. Husband pun puji sedap. Katanya lepas ni bolehlah masak untuk nasi dagang pulak, hehehee!

Jom tengok hasilnya, Gulai Ikan Tongkol. Macam biasa ada menu lain seperti Sambal Sotong, Tumis Air Bayam dan ulam timun muda, burppp kenyang!



16 ulasan:

  1. rindu nk mkn nasik dagang..
    sobs..
    masak2 mmg best! tp tkot xsdap.. hihikk

    BalasPadam
  2. Wah... sedapnyer gulai ikan tongkol

    BalasPadam
  3. boleh dah bukak restoran ni

    BalasPadam
  4. sedapnya gulai tue...nyum2...
    hehe.salam perkenalan dr YM.:)

    BalasPadam
  5. mas..........
    kamu dapat tongkol putih.. sebab tu lembut.. mmg sedap tu..
    terliur sudah..
    ditambah bayam yang sudah terhidang

    BalasPadam
  6. saya tak pernah lagi mencuba masak guna ikan tongkol ini...tapi saya suka makan...biasanya saya menggunakan ikan tenggiri ...entahlah..takut tak sedap kot kalau saya buat..tapi pasti saya akan mencubanya nanti..memang memasak itu mudah kan..

    BalasPadam
  7. nak nasi dagang, try la nasi dagang terengganu.hehehe.

    aik kak, kat rumah wan pun ada lauk sotong.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mas...ikan tongkol ni kalau msak kari mmg sedap ,juga boleh masak rebus asam letak nenas pun sedap juga...:)

    BalasPadam
  9. sgt bersleranya akak... Setakat ni ikan tongkol kita masak kicap atau goreng sambal jek..

    BalasPadam
  10. gulai lomak masak cili api ke ni kak?

    BalasPadam
  11. Gulai ikan tongkol, sambal sotong dan tumis air bayam..nyum nyum..menu yg mampu buat akak menambah dua tiga kali nasi ni..hehe

    BalasPadam
  12. huwaaa
    bukan takat suami akak
    sy yg bukan suami akak ni
    kekeke
    pon terliuuurrr tgk
    hehehehe

    betol kak
    yg pntg berani mncuba sesuatu yg baru kan :))

    BalasPadam
  13. eeee sedapnya kakkkk. byk giler lauk yg akak masak ek

    BalasPadam
  14. memasak memang mudah..bak kata org,mencuba..buat eksperimen..kalau tak jadi..cuba lagi..kan?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com