terkini dan sensasi

Sabtu, 3 Mac 2012

Menu kari lagi

Assalamualaikum...(^ ^)

Rasanya dah lama tak kongsi menu masak² kat sini. Hari ni baru ada kesempatan buat kucar kacir kat dapur dan masak menu permintaan husband. 


Hari ni husband suruh masak kari lagi, kali ni Kari Daging pulak. Bertungkus lumus Mas di dapur memasak, risau jugak kari tak jadi. Maklumlah ini kali kedua Mas cuba masak kari. Alhamdulillah, berkat kesabaran menjadi jugak Kari Daging Mas. Husband dan anak² siap puji sedap lagi, hehehee!


Pastu lagi menambah selera dengan adanya Udang Sungai Goreng Kunyit, manis je rasanya. Mas beli kat pasar malam Putrajaya semalam, 10 ekor dijual dengan harga RM10. Mahal jugak tapi puas hati makan sebab udangnya segar.

Jalan² lagi kat pasar malam jumpa pulak kulat sisir, terus beli sebab memang dah lama tak makan Lemak Cili Api Kulat Sisir. 3 pinggan kecil dijual dengan harga RM5. Lemak Cili Api Kulat Sisir memang resepi turun temurun arwah mak Mas. Masak pekat dan pedas, memang menyelerakan!

Nanti Mas kongsi resepi, pastu tahu tak rupa kulat sisir camne? Kulat ni tumbuh pada batang pokok getah yang dah mati, biasanya ia akan tumbuh selepas hujan. Inilah rupanya.


8 ulasan:

  1. aik menu kulat sisir tu tak pernah makan la kak.....baru hari tahu

    BalasPadam
  2. @Telor Power
    so kenalah cuba makan, memang sedap!

    BalasPadam
  3. dah lama tak makan kulat sisir, selalunya goreng kunyit dengan daging je. Sedapnye!

    BalasPadam
  4. terima kasih sudi singgah ke blog saya... salam perkenalan...

    sedap nampak menu tu... tu yg hubby sayang tu... moga kekal abadi...

    http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/sayangggg-mak-dara.html

    zul a.k.a sam banjamin
    (founder of gerila penulisan kreatif)

    BalasPadam
  5. @Cik Kamoo
    akak tak pernah cuba pulak goreng kunyit ngan daging.. lepas ni kena cubalah!

    BalasPadam
  6. @Sam Banjamin
    terima kasih jugak datang blog Mas.. biasa2 je menu tu, utk suami dan anak2!

    BalasPadam
  7. 10 ekor udang = RM10!! Mahal betul.

    BalasPadam
  8. yang bawah sekali tu tak pernah makan lg rasanya. hhehe. sbb first time tengok. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com