terkini dan sensasi

Rabu, 21 Mac 2012

Nasi Arab di Restoran Saba

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam tengok kat blog member Mas, dia makan Nasi Arab. Terus rasa teringin nak makan. Lagi pun memang dah lama tak makan nasi ni, kali terakhir makan rasanya tahun 2009. Jadi balik kerja semalam terus ajak husband pekena Nasi Arab kat Restoran Saba di Cyberjaya. Sanggup tak makan tengahari semata² nak makan Nasi Arab, nasi dia kan banyak! 

Kami makan set large half Mandi Chicken. Memang banyak nasinya, cukup untuk kami makan 4 beranak. Pastu bila tengok ayam tu macam tak cukup je, tambah pulak half Kabsah Chicken. Makan di sini boleh tahan, nasi dia memang sedap dan lembut. Cuma tak boleh makan selalu, sebab ayamnya tu diperap dengan ajinomoto.

Tapi makan kat sini dah mahal sekarang, kalau dulu mereka hanya caj harga makanan sahaja. Tiada pun 6% goverment tax dan 10% service charge tu. Biasalah, restoran dah makin maju jadi kenalah caj semua tu. Pelanggan pun dah makin ramai.

Bagi belum pernah cuba makan Nasi Arab, pergilah cuba makan kat restoran ni.

17 ulasan:

  1. anum dah try memang sedap

    BalasPadam
  2. rasanya pernah baca dalam buku aisya sofea restoran saba ni

    nampak menarik =)

    BalasPadam
  3. Sedapppnya nasi arab. Terliurrr mehhh! Hehehe Dekat shah alam pun banyak gak nasi arab, takde la mahal sangat pun. Kira berbaloi lah. Hehehe

    BalasPadam
  4. nyum2..dapnye..tibe2 rase lapo la sis.hehe~

    BalasPadam
  5. femes restoran dikalangan pegawai ofis saya ni .kalau belanja je , mintak belanja nasi arab ni .. hihihi , tp sy tak penah makan pun lg :p

    BalasPadam
  6. range harga dalam berapa RM ni mas?

    BalasPadam
  7. kat situ memang sedap. makan nasi saja pun dah sedap. minggu lepas kak liza makan kat uniten tu.

    BalasPadam
  8. waaaaaa...mengiurkannn! nasi arab walaupun mahal tapi berbaloi!

    BalasPadam
  9. hahahha akak..tergoda yek..sedap kan kak..tp mkn byk2 muak kan..yer la kita ni kan bukan arab..melayu kan..hehehhe

    BalasPadam
  10. assalamualaikum mas....wah sedapnya meleleh air liur bila tengok gambo tu...:)

    BalasPadam
  11. @Rai
    set large camni harganya antara rm15 ke rm17..

    BalasPadam
  12. weee
    comingg soon
    sebb dh dok kl kan
    heheheheh :D

    BalasPadam
  13. Owh... dah banyak kali cuba ni....

    BalasPadam
  14. teruja tengok ayam tu..warna die memang mampu buat air liur meleleh..
    -_-'

    BalasPadam
  15. family saya suka sgt nasi arab. hehe. tak habis2 nak makan nasi arab. nnti boleh suggest tempat nih! hehe. txs kak mas :)

    BalasPadam
  16. dh pernah try..tp tekak sy tak taste sgt la dgn nasi arab ni..n x tau plak ayam lembut 2 sbb [erap dgn ajinomoto..oh noo..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com