Assalamualaikum...(^ ^)
Pernah tak kadang² kita buat sesuatu tu mesti tak menjadi dan kurang berjaya. Puas dah kita cuba banyak kali tapi masih mengecewakan, kenapa ye?
Cuba kita fikir dan lihat semula niat kita buat perkara tu, ikhlas atau tidak? Biasanya kalau niat kita betul dan ikhlas kerana Allah, pastinya semua perkara yang kita lakukan akan berjalan lancar dan berjaya. Niat tu pulak mestilah disertai dengan usaha dan tawakal, lagi berjaya.
Macam niat kita dalam berblog ni, kena jugak betul dan ikhlas. Jangan hanya niat nak dapatkan keuntungan sahaja dengan berkongsi cerita yang mengaibkan orang lain, mencaci maki orang lain dan menjatuhkan orang lain. Mungkin kita akan dapat rezeki darinya tapi berkat ke? Tentu tak berkat dan rezeki itu tak akan kekal lama.
Jadi biarlah kita berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita dan jugak pembaca. Lambat dapat rezeki pun takpe, janji kita berusaha dengan niat yang betul dan ikhlas. Lambat laun kita pasti dapat keuntungannya, yang seronoknya kita dapat rezeki yang berkat dan amal ibadat pun bertambah.
Jadi kita nak buat sesuatu betulkan niat kita dulu, tak kiralah apa pun hendak dilakukan. Niat yang betul akan menghasilkan sesuatu yang betul jugak.
setuju !!!
BalasPadamniat dlm blog tu..
alahaii.. traffic blog naik mencanak2.. tapi.. blog dia duk canang kisah buruk2 org lain..mencaci org... menjatuhkan maruah org lain.. mcm citer artis2 laa.. huhu
apa pun niat kena betul
BalasPadamsbb 2 org ckp nk wat pape nawaitu kene btol..
BalasPadamhihik..
atok baru bincangkan hal ni ngan opismate atok siang tadi...betul tu, kalau niat betul...insyaAllah senang je nak dapat
BalasPadambetul tu mas.. bab aibkan org memang tak elok. kalau nak tulis pun jgn sebut siapa orgnya, sekadar utk pengajaran. yg baik2 elok juga utk kita jadikan sebagai ikutan.
BalasPadamMenulis sekadar berkongsi pengalaman..
BalasPadamIbarat diari kehidupan..
Harapan akak..pembaca2 blog akak mendoakan kesejahteraan dan permudahkan perjalanan keluarga akak..
setuju juga
BalasPadambetul tu.sebelum buat ape ape betulkan niat dulu barulah dapat berkat ^__^
BalasPadamassalamualaikum mas...betul tu niat perlu la kita betulkan dulu kalau niat x elok lain la jadinya nanti.:)
BalasPadam