Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 12 Mac 2012

Rajuk wanita

Assalamualaikum...(^ ^)


Rajuk dan wanita memang tidak dapat dipisahkan, betul tak wanita? Kalau tak merajuk tu tak sah rasanya kan? Kadang² disebabkan perkara kecil dan remeh pun nak merajuk, cakap ni macam terkena kat batang hidung sendiri je.

Rajuk wanita ni ada 2 cara, satu rajuk yang mengada² dan satu lagi sebab hendak kan perhatian. Biasanya yang mengada² ni jarang lelaki nak suka dan nak pujuk pun malas. Mana taknya tak tolong bukakan pintu kereta pun nak merajuk, memang mengada sungguh tu.

Rajuk yang nak dapatkan perhatian pulak biasanya wanita memang nak pasangannya peka terhadap dirinya. Misalnya seorang isteri dah penat masak untuk suami tapi masakannya tak dipuji sedap ke tidak, merajuklah dia kan? Seolah² suami tak hargai penat lelah dia memasak, jadi dengan cara merajuk pasti suaminya akan beri perhatian dan sedar rajuk isterinya itu sebab apa. 

Tapi rajuk tu janganlah lama sangat, nanti pasangan bosan pulak. Kerap sangat merajuk pun tak boleh, muak pulak pasangan nak pujuk. 

10 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...yer sekali sekala merajuk apa salahnya kan..seronokkn bila kena pujuk...:)

    BalasPadam
  2. yup merajuk buat2 itu menyampah

    BalasPadam
  3. da lama rasanya tak merajuk..lupa la bila kali terakhir merajuk

    BalasPadam
  4. sgt setuju...tp biarlah ebrtempat kan..

    BalasPadam
  5. setuju..mostly merajuk sbb nak perhatian. hehe tp kalau selalu sgt, mmg bosan lah jawapnya si lelaki ;)

    BalasPadam
  6. sokong ngan ayat2 baris terakhir tu

    BalasPadam
  7. Fiza suka merajuk.tak merajuk bukan namanya anak bongsu kan..hehehe..ape ape pun,wanita perlukan perhatian.tak dapat perhatian..merajuk lah tu.

    BalasPadam
  8. bagi saya sebagai lelaki, terus terang saya cakap saya akan jadi bosan kalau pasangannya selalu merajuk. tak tahu la lelaki lain.

    BalasPadam
  9. merajuk tu sbenarnya merapatkan lagi hubungan. hehe. tp merajuk tak tentu hala mmg melampau la.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com