Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 5 Mac 2012

Review filem Adnan Sempit 2 : Super lawak derrr!

Assalamualaikum...(^ ^)


Dapat jugak menonton filem Adnan Sempit 2 semalam. Nasib baik beli tiket online, kalau tak memang tak dapat tiket punya. Mana taknya, sampai je Alamanda tiket dah habis.

Sinopsis filem
Nadia dan Adnan telah menjadi pasangan kekasih yang bahagia dan merancang untuk mendirikan rumahtangga. Tetapi perhubungan mereka menghadapi sedikit masalah apabila ayah Nadia mengenakan beberapa syarat kepada Adnan jika dia ingat memiliki Nadia. Syaratnya ialah Adnan perlu mengubah penampilan setaraf dengan ahli korporat, perlu pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris dan pandai bermain golf. Demi cintanya pada Nadia, Adnan sanggup menerima syarat tersebut dan berusaha untuk berubah atas bantuan sahabatnya Bobby. Tapi dalam masa yang sama ayah Nadia jugak telah merancang sesuatu tanpa pengetahuan Nadia dan Adnan. Apakah rancangan itu dan berjayakah Adnan dan Nadia bersatu? Semua itu terjawap di dalam filem ini.

Review Adnan Sempit 2
Dari mula cerita hinggalah habis memang gelak tak henti², sampai sakit perut dan terbatuk². Memang Shaheizy Sam telah berjaya membawa watak Adnan dengan sempurna, dengan mukanya yang selamba menjadikan watak itu hidup. Semua babak dalam filem dapat dilakonkan olehnya dengan sempurna, samada watak lucu, romantik dan sedih.

Plot cerita jugak menarik dan mudah difahami. Elemen kelakar tu memang sentiasa ada dan ada. Jadi secara keseluruhan, filem ini memang super lawak derrr! Tapi walaupun kelakar tetap ada mesej berguna yang disampaikan. Jadi memang filem wajib tonton, Mas bagi 10 bintang. 

10 ulasan:

  1. :)

    boleh la, lawak juga tuk ketawa2

    BalasPadam
  2. pecah perut anum gelak

    BalasPadam
  3. Pendapat kita tak sama kan ... CK rasa tak lawak sgt mcm yang 1st dulu.

    BalasPadam
  4. belum berkesempatan nak gi tgk.. asyik sold out je huhhu

    BalasPadam
  5. ni yg lagi tak sabar nak tengok ni...

    BalasPadam
  6. kT FACEBOOK RAMAI LAK YANG KATA TAK LAWAK..HEHEH

    BalasPadam
  7. @diana
    ye ke? tapi biasalah kan pendapat semua orang tak sama.. bagi Mas kelakar je, siap ketawa sampai sakit perut lag..heheheee

    BalasPadam
  8. Wah beshnyeee... my dr b4 wedding tak tgk wayang dahhhh...

    skrg dah duduk jauh lg susah nak tgk...T___T

    BalasPadam
  9. assalamualaikum mas...mesti lawak giler cite ni kan...bila la nak tengok ni...:)

    BalasPadam
  10. 10 over 10 ru maksudnya best betul lah !! semua sy baca review kata memang best !! hehe :) nak tengokkk...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com